Friday, July 10, 2009

Kurma sebagai pelawas


Khasiat kurma tak perlu dibahas atau dipertikaikan lagi.Baik dari sudut agama mahu pun secara saintifiknya, kurma memang mengandungi zat makanan yang sangat baik untuk tubuh manusia. Kata pepatah inggeris 'an apple a day makes a doctor away" tetapi saya lebih senang mengubah persepsi tersebut kepada "Sebiji kurma mamadai untuk kekal sehat sepanjang hari"


Pengalaman yang saya ingin saya kongsikan tentang kurma ini ialah kurma sebagai pelawas.Umpama julap yang diperlukan untuk melancarkan usus besar begitulah mujarapnya kurma untuk mengatasi sembelit. Tak kira apa jenis kurma yang anda pilih, kurma muda yang lembut atau kurma matang yang agak keras, makanlah 2-3 biji kurma bersama air suam yang agak panas. Tak perlu tunggu lama, insyaAllah selepas kira-kira 10 minit memakannya bersama air suam panas, sembelit anda akan segera sembuh.


Kurma muda yg dipanggil ruttab tidak begitu sesuai untuk dijadikan pelawas. Jika kurma matang yg berwarna coklat atau hitam pula hendaklah direndam dengan air panas supaya lembut sebelum dimakan dan minumlah air suam yg agak panas selepas itu. Bawalah bekalan kurma ke mana2 jika anda bermusafir . Janganlah tunggu bulan ramadhan sahaja barulah nak beli kurma. Jadikan kurma amalan harian sekurang2nya sebiji sehari untuk anda kekal sehat sepanjang hari.

3 comments:

mac said...

klu dilihat betull2 hadis larangan campuran kurma dgn anggur kering ialah dlm hal berniaga yg bolem memperdayakan pembeli(dishonest act of a seller). oleh itu dlm hal lain spt receipe tiadalah kene mengena akan hal itu. minta org Islam mistilah tajam dn terbuka....jgn sempitkan hidup krn minda yg sempit..wallahu alam

Ummu Waheedah said...

sdr mac,
terima kasih atas ulasan sdr. Dlm halmemahami hadis, jgnlah dituduh seseorang itu sempit minda jika tafsiran berbeza dgn apa yg sdr fahami.

bg saya tidaklah sempit hidup jika kita tidak campur kismis & kurma dalam resipi. Malah kita mungkin dapat mengelak masalah kesihatan akibat percampuran dua jenis makanan berbeza khasiat ini.

Jika sdr teliti cara makan Rasulullah, baginda tidak campur2 makanan mcm resipi org kita. Cuma org kita yg terlebih cerdik mencampurkan bahan2 yg baik2 untuk dapat yg terbaik kununnya. Sedangakn dalam percampuranbahan akan menerbitkan tindabalas kimia.

Jadi eloklah kita luaskanminda kita mengkaji tindabalas kimia antara dua atau lebih bahan. Fahaman sdr juga tidak salah, iaitu jgn campur kurma dgn kismis bila berniaga.Allahu'aklam.

Ummu Waheedah said...

Makasih Febryan