Showing posts with label kerabu. Show all posts
Showing posts with label kerabu. Show all posts

Saturday, May 23, 2009

Kerabu pegaga



Bahan2nya..
Selonggok pegaga segar (RM1)
2 sudu kerisik (dari 1/4 biji kelapa)
2 biji chili merah (yg besar)
1/2 inci belacan
sebiji bawang besar
sesudu asam jawa
2 sudu air (untuk buat jus asam jawa pekat)
Sedikit garam.


Cara membuatnya:
1-Cuci pegaga kampung dengan sedikit garam kasar.Toskan .(Pilih pegaga kampung bukan pegaga tebal daunnya. Pegaga tebal rasanya pahit sedikit.)
2-Simpulkan sedikit pegaga dan hiris nipis hingga habis semua pegaga
3-Hiris bawang besar nipis2.
4.Goreng cili hingga layu. (jgn di kupas semasa menggoreng). Gunting2kan chili dan tumbuk chili dgn belacan hingga lumat.
5-campur 2 sudu air dgn sesudu asam jawa, dapatkan jus pekat dan buangkan biji asam jawa.
6-Campur semua bahan dalam mangkuk, gaul2kan sehingga sebati. rasa garam, kalu tak cukup garam tambahlah lagi. Sedia untuk dimakan bersama nasi dan lauk lain (ikan goreng, tempe goreng dan kuah gulai).

Simplekan?Kalau nak lagi pedas tambah sedikit chili padi di niris nipis, pasti kaw-kaw pedasnya. Selamat mencuba.

Saturday, November 29, 2008

Kerabu pucuk paku


Bahan2:-

Seikat pucuk paku segar,
2 sudu kerisik (dari 1/2 biji kelapa)
2 biji chili merah (yg besar)
1/2 inci belacan
sebiji bawang besar
sesudu asam jawa
2 sudu air (untuk buat jus asam jawa pekat)
Sedikit garam.


Cara mebuatnya:
1-Goreng kelapa hingga perang, dan tumbuk atau guna blender kering. Tumbuk atau blen sampai keluar minyak.
2-Siang pucuk paku (ambil daun dan ranting muda sahaja). Panaskan air hingga mendidih. Celur pucuk paku 2-3 minit dan toskan.
3-Tumbuk chili dgn belacan hingga lumat.
4-hiris bawang besar nipis2.
5-campur 2 sudu air dgn sesudu asam jawa, dapatkan jus pekat dan buangkan biji asam jawa.
6-Campur semua bahan dalam mangkuk, gaul2kan sehingga sebati. Sedia untuk dimakan bersama nasi dan lauk lain.

Wednesday, August 6, 2008

kerabu mangga muda


Bahan:

Sebiji mangga muda (cari yg agak masam)
sebiji lobak merah
Sebiji bawang besar
Secawan kacang tanah
setengah cawan minyak masak untuk goreng kacang tanah
setengah biji limau nipis , ambil airnya
sebiji chili merah/hijau
garam secukup rasa
sesudu gula

cara:
1-Goreng kacang tanah dgn minyak sehingga perang. Sejukkan dan tubuk agak kasar.
2-Hiris mangga nipis memanjang. begitu juga lobak dihiris nipis memanjang.
3-Hiris bawang besar dan chili nipis2.
4-Gaulkan semua bahan. Dah, siapa untuk dihidangkan dan dimakan bersama nasi. Atau enak dimakan begitu saja...

Kerabu tomato


Bahan2:

2 biji tomato
sebiji bawang merah besar
2 biji chili merah segar
sedikit belacan
2 biji limau kasturi
sedikit garam
sesudu gula
sesudu chili Souce (jika suka)

Cara:
1-Buat sambal belacan.Caranya goreng 2 biji chili merah (tanpa di potong) sehingga layu kulitnya. Angkat dan gunting/potongkan kemudian tumbuk bersama sedikit belacan yg telah digoreng. anggaran belacan sebanyak setengah inci persegi. Tumbuk sampai lumat . Perahkan air limau kasturi. Jika tidak ada limau kasturi boleh gunakan limau nipis atau air asam jawa sebanyak satu sudu besar.

2-Belah tomato kpd 2, kemudian belah lagi jd 4 bahgian kemidian hiris nipis2.
3-Hiris bawang merah seperti hirisan tomato
4- Masukkan kesemua bahan dalam satu bekas dan gaulkan. rasa garam, jika tak cukup masin tambah lagi. Hidangkan.

Thursday, June 5, 2008

Kerabu jantung pisang



Bahan-bahan:

1) Sebiji jantung pisang.
(apa jenis pisang pun boleh, biasanya yg dibeli di Pasar tani boleh digunakan)
2)Seekor ikan cencaru
(saiz sederhana,disapu garam dan kunyit ,digoreng garing)
3)10-15 biji Chili padi
(digoreng sekadar layu sahaja)
4)sebiji bawang besar
(dihiris nipis nipis)
5)sebiji limau nipis atau limau kasturi
(diperah dan ambil sesudu airnya)
6) 1/2 biji kelapa parut.
(ambil kira2 secawan santan pekat )
7) Garam secukup rasa.

Cara membuatnya:

1-Rebus jantung pisang (jangan di potong) selama kira2 1/2 jam hingga empuk. Belah kpd empat bahagian, dan potong nipis kira2 1 cm.
2-Ambil isi ikan dan tumbuh bersama chili padi yang telah digoreng. Tumbuk hingga betul2 halus.
3.Campur semua bahan , gaul dan masukkan santan.Jumlah santan adalah sekadar membasahkan semua bahagian bahan, tidak perlu biarkan ianya berkuah. Lebih pekat santan lebih bagus.
4- Masukkan garam sekadar sesudu teh dan gaul. Rasa garamnya dan jika sudah puas hati boleh dihidangkan bersama nasi dan lauk pauk yang lain.


resipi sumbangan:
Acho-Meru, Kelang.

Saturday, April 23, 2005

Kerabu nangka muda




Bahan:

Semangkuk nangka muda yang telah dipotong kecil (anggaran RM1.00)

Secawan pati santan (1/2 biji kelapa_

2 sudu kerisik (dari secawan kepala parut}

4 ulas bawang merah (kecil)

2 ulas bawang putih

2 tangkai chili merah

1 sudu lada hitam

sedikit ikan bilis (segenggam kecil)

secubit garam.



Cara membuat:

1-Rebus nangka muda hingga empuk. Tuskan.

2-Goreng kelapa parut sampai perang. Tumbuk hingga keluar minyak (jadi kerisik)

3-Hiris bawang merah, bawang putih dan chili merah nipis-nipis.

4-Tumbuk ikan bilis dan lada hitam sampai lumat.

5-Gaul semua bahan dan rasa masinnya. Siap untuk dihidang.

Sumbangan Mak de (makcik Rahimah), Temerloh, Pahang.
(23 april 2005)