Showing posts with label nasehat. Show all posts
Showing posts with label nasehat. Show all posts

Monday, March 15, 2010

awasi cicak, tutup bekas minuman


Nampak tak cicak dalam gambar di atas? ha itulah cicak yang hampir2 sahaja jadi habuan tekak saya pada suatu hari yang belum malang. Ini adalah kali kedua saya terkena dengan gelagat cicak2 di rumah saya. Sebelum ini pernah saya membiarkan segelas teh tarik ternganga tanpa ditutup selama lebih kurang sejam. Ketika nak meminum semula teh tersebut, tiba2 air dalam mug berkocak ligat. Apalagi hampir tercampak mug yg sudah bertemu bibir. Rupanya seekor cicak 3G (gemuk, gebu dan gempal) yg kelemasan cuba mengeluarkan diri dari dalam Mug tersebut. Nasib saya baik, jika tidak tentu cicak tu mungkin akan terus masuk ke tekak dan tak tahu lah apa yg mungkin terjadi.

Kali kedua saya kena ketika nak menuangkan air sejuk yang disimpan dalam jag tupperware yg bertutup kemas tetapi saya buka sedikit di bahagian muncung untuk memudahkan menuang air. Rupanya bukaan yg sekecil itu pun boleh dimasuki cicak. Mujurlah cicak tu masih hidup dan menggelepar cuba nak keluar. Itu membuatkan saya perasan ada cicak. jika cicak tu dah mati dan tak bergerak , mungkin saya dah tuang air dan minum tanpa was was,alamak loyanya tekak bila mengingat semua tu.

Sebenarnya saya begitu lalai. Lalai dan tak ambil peduli.Bila terkena baru serik. Ini adalah amaran Allah s.w.t sebenarnya. Saya telah pernah membaca hadis dari Rasulullah s.a.w yg menyuruh sahabat/ummatnya menutup bekas makanan dan tali air. Sebenarnya bukan sahaja cicak malah lalat juga cukup cekap hinggap dan meninggalkan najisnya di atas makanan. Tahi lalat yg halus berwarna putih kekuningan mungkin tidak disedari oleh kita terutama kanak2 dan orang2 tua. Tak perlu tunggu sejam dua, malah 2-3 minit sudah memadai untuk makanan yg terdedah itu dicemari. Tahi cicak pula jika jatuh dalam makanan berkuah kicap tentu tidak ketara. Tan pasal makan kita bertambah perisa.

Saya menyemak semula buku bertajuk Healing with the medicine of the prophet s.a.w pada ms 208 ada sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Muslim dari Jabir bin Abdullah. Boleh baca hadis tersebut di sini. . Dari petikan hadis tersebut mari kita sama2 amalkan menutup makanan dan minuman serta sumber air secepat mungkin. Makanan yg terdedah sebaiknya jangan dimakan terutama jika terdedah di tempat lapang tanpa pengawasan. Macam-macam kemungkinan boleh terjadi sewaktu kita tak nampak. Kalau dah ditutup, tawakal sahajalah. Mudah2an dengan mengambil kira pesanan nabi s.a.w, dapat kita hindari penyakit2 berbahaya yg disebabkan pencemaran dari makanan dan minuman kita. Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w itu contoh ikutan yg baik.

Awas, pastikan penutup jug ditutup rapat terutama diwaktu malam dan jika anda tidak menggunakannya. Lubang yg kecil pun cicak boleh masuk begitu juga lipas sesat. Jadi hati2, kadang2 mereka dah masuk dan keluar semua, akibatnya air sudah tercemar!