Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

Ikan sisa nabi @ ikan sebelah



Hari ini hari Jumaat. Sunat membaca surah al-khafi dan memahami maknanya. Tak susah, dah banyak terbitan al-qur'an berserta terjemahan yang boleh kita jadikan panduan. Dan bila biasa membacanya tentu kita hafal apa cerita dalam surah al-khafi. Antaranya intipati surah tersebut adalah perihal pemuda2 yg beriman yg telah ditidurkan selama 309 hari di dalam sebuah gua supaya Alla memperlihatkan kuasanya menghidup semula manusia dengan kehendakNya.

Selain itu ada cerita Nabi Musa a.s yg hendak berguru dngan Nabi Khidir (ayat 60 hingga 82). Dalam surah 61 dan 63 ada dikisahkan tentang al-khut sejenis ikan yg menjadi bekalan perjalanan nabi Musa a.s dengan rakannya. Ikan tersebut telah mengelonsor dan berenang ke tempat pertemuan dua laut. Di situ lah merewka bertemu Nabi khidir yg diberi Allah s.w.t ilmu dari sisiNya.

Mungkinkah ikan sebelah atau juga dikenali sebagai ikan sisa Nabi itu adalah dari keturuan al-khut? Allahuaklam-Allah lebih mengetahui.


Yang penting ikan ini sedap. Ikan ini ada dua jenis , satu seperti dalam gambar, kurus dan panjang. Ada satu lagi agak lebar dan pendek. Yg panjang dan sebelahnya berwarna kemerahan , itu yg lebih sedap . Yang lebar pula isinya rapuh dan susah digoreng. Enak dimakan dengan sambal atau sos paprik. Harganya pun murah lebih kurang RM5 sekilo. Sekilo tu sekali hadap jer...selamat menjamu selera.

Segala puji bagi Allah yg menjadikan ikan itu.

Wednesday, December 23, 2009

Antara Ikan pelata dan Ikan Selar


Sejak kejadian diumpan oleh penyangak siber dalam kes phising Maybank pada 19/11/2009 hingga kini rasanya mood nak menulis blog begitu terbantut. Baru hari ni rasanya muak pula asyik menulis hal phishing, saya nak tulis hal Ikan lah pulak. Ikan dalam bahasa Inggeris ialah FISH, siapa tak tahu? Dari istilah itulah tercipta istilah 'Phishing' bunyi sama tetapi maksud berbeza.

Orang dapat ikan dengan cara memukat dan memancing. Guna umpan lah maknanya.Begitulah cara nya duit saya dipindahkan ke akaun Lina Hazlina binti Agus Romani (MBB akaun 114236267361) sebanyak RM3300 melalui website 'phishing' yang seakan2 sama dengan Webside maybank2u.com. Itulah cara mereka mengumpan mangsa yg alpa. Wah duit RM3300 tu kalau beli ikan cukuplah dua tahun lebih agaknya. Mana tidaknya ikan pelata atau dipanggil juga ikan selar kuning harga sekilo RM8. Sehari makan tak sampai sekilo, sekilo tu 4 hari makan. Kalau kemaruk sangat agaknya bolehlah setengah kilo(RM4 sehari/seorang),RM4 x 365hari (setahun) =RM1469.Isy isy melalut pulak.Sebenarnya nak cerita tentang ikan.

Ikan ni berbeza namanya dari satu daerah dan negeri . Ikan dalam gambar di atas ada dua jenis . Satu yang besar itu digelar ikan selar. Yang kecil itu dari spesis yang sama dipanggil selar kuning kerana ada satu jalur kuning. Sesetengah tempat menggelarkan ikan selar kuning itu sebagai ikan pelata. Ikan pelata ini selalu dibuat ikan masin ,sedap.

Ikan selar dan ikan pelata sering jadi pilihan suri rumah kerana harganya yang sederhana dan ikan ini tergolong dari ikan yang tak menyebabkan alergy (gatal kulit). Biasanya wanita lepas bersalin, budak lelaki dalam pantang kerana bersunat bolehlah makan ikan selar dan pelata sebab ia tidak menyebabkan bernanah tempat yang luka. Ikan ini sedap digoreng gareng dan juga di masak pindang (singgang).

Ikan selar saiznya 2-3 kali ganda lebih besar dari ikan pelata. Harganya sekitar RM10-RM12 sekilo kadangkala sama harga dengan ikan pelata.Kita beli ikan dengan duit , tapi ada orang umpan duit dengan kail siber namanya 'phishing'.Mungkin duit tu tak diguna untuk beli ikan atau kail tetapi tetap duit yang haram kerana diambil dengan cara memperdayakan mangsa. Saya tak akan halalkan dunia akhirat.Daging yang tumbuh dari sumber haram, api neraka sahajalah yang layak . Allahuaklam.

Thursday, March 5, 2009

Ikan masak taucu


Bahan-bahan
dua-tiga ekor ikan segar.Boleh pilih sama ada ikan gelama, ikan cencaru, ikan siakap atau ikan lain yang disukai. Siang ikan dan potong ikut suka.
sesudu taucu atau sepeket (RM0.50), cuci taucu, buangkan sosnya.
dua biji chili merah dibelah dua.
Sebiji bawang besar dibelah 8
2 inci halia dihiris seperti mancis.
3-4 biji bawang putih dihiris kasar.
2 senduk minyak untuk menggoreng ikan.
secawan santan pekat. Jika ikan lebih 3 ekor gunakan santan yg lebih. Atau boleh juga guna air tanpa santan.
garam dan kunyit untuk menggoreng ikan.

Cara masak:1-Panaskan minyak dan goreng ikan yg telah disapaukan sedikit garam dan kunyit. Goreng seperti biasa tetapi tidak dampai terlalu gareng. Angkat dan ketepikan ikan.
2-Kurangkan minyak dalam kuali. Bia ada lebih kurang sesenduk sahaja.Masukkan halia serta bawang putih. Goreng hingga gareng.Masukkan taucu,dan chili yg telah dibelah dua dan goreng sebentar lagi sekadar melayukan chili.
3-Masukan santan dan bawang besar. Biarkan menggelegak dan pekat sedikit.Masukkan sedikit gula.Tak perlu masukkan garam keran rasa taucu sudah masin.Tuang ke atas ikan dan boleh di hidang...

Sebenarnya dah lebih setahun saya tak masak kuah lemak taucu ni. Kali terakhir ialah pada awal Ramadhan 2007 ketika itu mak saya masih belum pulih dari kecederaan kemalangan. Memandangkan kuah taucu ni kegemaran beliau, saya buatkan juga walaupun bimbang kakinya akan gatal (alergy). Rupanya sangkaan saya betul, sehari selepas makan taucu ni kaki mak saya bengkak khusus di bahagian luka. 12 hari menginap di Wad hospital Kuantan.Doktor kata ada infection/jangkitan, tetapi tak pasti apa jenis jangkitan akhirnya kena buat scanning (IMR kalau tak silap) untuk tentukan jenis antibiotik yg sesuai. Jadi sesiapa yg ada masalah gatal kulit atau masih ada luka2/kudis tak disarankan makan taucu kerana ia berkemungkinan akan menambahkan ransangan sakit. Saya sendiri pun terpaksa tahan tekak.. bimbang alergy menyerang semula.

Sunday, May 4, 2008

Ikan bakar


Assalamu'alaikum,

Mengambil kira masa yg agak suntuk, juadah paling sedap dan paling ringkas ialah ikan bakar dengan air asam.

Bahan utama2.

Ikan kerisi bersaiz besar atau kembung biru
(tak kira berapa ekor)
daun pisang
garam
minyak masak sesudu bagi seekor ikan

Bahan Kuah asam:
asam jawa (3 sudu)
bawang merah besar (sebiji yg besar)
cili padi segenggam
limau kasturi sebiji
gula sesudu besar
garam secukup rasa
air secawan

Cara bakar ikan:

Siang ikan -buang tahinya sahaja dan bersihkan. Tak perlu kelar.
Sapukan garan dan balut dengan daun pisang.
Panaskan kuali leper dan tuang sedudu minyak
letakkan ikan yg telah dibungkur -2 ekor
tutup dengan penutup kuali ( atau penutup pengukus)
bakar selama 30-45 minit -balik2kan dalam tempoh tersebut.

cara buat kuah:

Hiris bawang besar nipis2.
hiris chili padi nipis2
bancuh asam jawa dgn secawan air, buang bijinya.
masukkan bawang dan chili dan perahkan limau kasturi
masukkan gula dan garam secukup rasa.

selamat berhari minggu.
Dari koleksi resepi la'abwa
(4 mei 2008)