Wednesday, December 23, 2009
Antara Ikan pelata dan Ikan Selar
Sejak kejadian diumpan oleh penyangak siber dalam kes phising Maybank pada 19/11/2009 hingga kini rasanya mood nak menulis blog begitu terbantut. Baru hari ni rasanya muak pula asyik menulis hal phishing, saya nak tulis hal Ikan lah pulak. Ikan dalam bahasa Inggeris ialah FISH, siapa tak tahu? Dari istilah itulah tercipta istilah 'Phishing' bunyi sama tetapi maksud berbeza.
Orang dapat ikan dengan cara memukat dan memancing. Guna umpan lah maknanya.Begitulah cara nya duit saya dipindahkan ke akaun Lina Hazlina binti Agus Romani (MBB akaun 114236267361) sebanyak RM3300 melalui website 'phishing' yang seakan2 sama dengan Webside maybank2u.com. Itulah cara mereka mengumpan mangsa yg alpa. Wah duit RM3300 tu kalau beli ikan cukuplah dua tahun lebih agaknya. Mana tidaknya ikan pelata atau dipanggil juga ikan selar kuning harga sekilo RM8. Sehari makan tak sampai sekilo, sekilo tu 4 hari makan. Kalau kemaruk sangat agaknya bolehlah setengah kilo(RM4 sehari/seorang),RM4 x 365hari (setahun) =RM1469.Isy isy melalut pulak.Sebenarnya nak cerita tentang ikan.
Ikan ni berbeza namanya dari satu daerah dan negeri . Ikan dalam gambar di atas ada dua jenis . Satu yang besar itu digelar ikan selar. Yang kecil itu dari spesis yang sama dipanggil selar kuning kerana ada satu jalur kuning. Sesetengah tempat menggelarkan ikan selar kuning itu sebagai ikan pelata. Ikan pelata ini selalu dibuat ikan masin ,sedap.
Ikan selar dan ikan pelata sering jadi pilihan suri rumah kerana harganya yang sederhana dan ikan ini tergolong dari ikan yang tak menyebabkan alergy (gatal kulit). Biasanya wanita lepas bersalin, budak lelaki dalam pantang kerana bersunat bolehlah makan ikan selar dan pelata sebab ia tidak menyebabkan bernanah tempat yang luka. Ikan ini sedap digoreng gareng dan juga di masak pindang (singgang).
Ikan selar saiznya 2-3 kali ganda lebih besar dari ikan pelata. Harganya sekitar RM10-RM12 sekilo kadangkala sama harga dengan ikan pelata.Kita beli ikan dengan duit , tapi ada orang umpan duit dengan kail siber namanya 'phishing'.Mungkin duit tu tak diguna untuk beli ikan atau kail tetapi tetap duit yang haram kerana diambil dengan cara memperdayakan mangsa. Saya tak akan halalkan dunia akhirat.Daging yang tumbuh dari sumber haram, api neraka sahajalah yang layak . Allahuaklam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Satu posting yang amat baik saya sedang mencari beza nya di antara ikan pelata dan ikan selar. Akhir nya dapat jawapan nya di sini.
Terima Kasih
terima kasih,tak sangka ada juga yg baca. dah lama sgt sy tak jenguk blog sendiri.
Terima kasih Puan... info menarik.. Saya juga mencari perbezaan antara ikan selar,selar kuning dan pelata..
Post a Comment