Sunday, December 20, 2009

Kerang hansem



Pada awal November yang lalu, saya berkesempatan singgah di Pasar tani di Sabak Bernam. Itupun kebetulan saya menumpang van seorang keluarga pulang dari Ipoh bersiar-siar cuti. Pasar tani biasa sahaja, menjual produk tanaman dan hasil tangkapan orang kampung. Sempat juga saya ambil gambar ketam nipah menggunakan talipon bimbit.Ada udang sungai dan ikan air tawar.Ikan masin buatan orang kampung yang ori pun ada. Saya membeli beberapa jenis ikan masin cuma terkilan ikan sepat layang tak ada.Kalau ada tentu sedap ikan sepat yg kecil2 dan nipis yg telah dibuat ikan masin.

Kawasan Sabak Bernam ini dekat sungai dan laut. Jadi kerang2 yang dijuga di situ juga segar. Selain kerang,sejenis siput yang terkenal disekitar kawasan itu ialah mentarang. Mentarang ni biasa dijual di tepi2 jalan. Kata saudara saya,mentarang ni sedap dibuat masak lemak cili api. Katalah sedap macam mana pun, saya tak gemar makan jenis siput, malah saya alergy, boleh bengkak2 kulit kalau makan jenis kerang-kerangan ni. Mujur juga saya pernah makan siput lala dan kepah masa kecik2 dulu, jadi tahu jugalah apa rasanya.

Berbalik tajuk kerang hansem ni, sebenarnya saya juga bukan penggemar kerang. Tetapi emak dan adik beradik lain suka sangat. Jadi saya belilah kerang selonggok. Kerang ni dijual oleh beberapa orang penjual. Saya meronda2 dulu sebelum membeli. akhirnya saya singgah di gerai hujung untuk membeli kerang paling hansem antara kerang2 yang dijual di situ.Penjual tu pun tersengeh bila saya sebut kerang hansem sebab kerang yg dia jual tu bukan sahaja comel (tak besar sangat) dan bersih pula. Kerang2 tu nampak ceria kerana suka tersengeh.. :)

Petua memilih kerang ialah dengan melihat kesegaran kerang. Kerang yg segar dan sehat suka tersengeh.. maksudnya cengkerangnya agak terbuka menampakkan isi dalamnya.Ada kerang lain dijual oleh penjual lain tetapi kerangnya bersalut
lumpur dan nampak terlalu kotor.Pelik juga macammana peniaga ni tak heran nak cuci dulu kerang2nya.Bukankah kebersihan itu merupakan pelaris jualan.

Petua mengekalkan kesegaran kerang pula ialah dengan membiarkan ianya terdedah tanpa direndam dengan air.Biasanya kerang akan tetap segar selama 2-3 hari setelah diambil dari tepi laut.Kerang yg baik tak akan berbau hanyir. Kerang segar sedap dimakan setelah direbus dengan ditambah daun kunyit, hirisan bawang merah dan 2-3 tangkai chili kering yg digunting/hiris nipis.Sedap lagi jika dicicah dengan chili sos.

Selain itu kerang sedap dimasak ala rendang,dimasak dengan cili boh atau dimasak lemak. Pilihlah resipi anda, bagi penggemar kerang,kerang bakar juga jadi pilihan.Kerang selalu juga ditambah sebagai perencah Kuey Tiau.Ada juga kerang yang telah dijeruk dan keringkan macam ikan masin juga. Biasanya boleh dibeli dari kedai yang menjual ikan masin. Bagi saya pula sekadar ambil bau kerang..memang saya tak gemar makan binatang yang ada cengkerang. Saya tahu kerang ni sedap kerana peminatnya ramai. Itulah nikmat makanan, ada orang suka ada yang tidak. Pilihan ditangan kita.Selamat menjamu selera dengan kerang.

No comments: