Mungkin ada di antara kita yg telah pernah minum jus kurma campur kismis atau makan makanan yg dicampurkan kurma dengan kismis keran beranggapan ia adalah makanan sunnah yg amat berkhasiat.Mungkin kerana terlalu ghairah untuk mengamalkan sunnah dan untuk mendapatkan khasiat berganda, ada pengusaha yang mencampurkan dua atau lebih bahan makanan berkhasiat untuk melariskan produk. Tanpa sedar kita sebenarnya telah terlanggar sunnah dan larangan nabi s.a.w.
Saya pernah membaca email yang membawa petikan dari buku yg menghimpunkan hadis2 berkaitan makanan , kemudian saya ada mendengar wawancara di radio IKIM.FM beberapa minggu lalu yg ditaja oleh produk jenama 'tok guru'. Kedua2 maklumat yang saya dengar dan terima mengingatkan tentang larang Nabi s.a.w supaya kita mencampurkan kurma dengan kismis dan tidak mencampurkan adukkan dua jenis kurnma yg berbeza dalam satu masakan/resipi. Produk tok guru tidak mencampurkan dua jenis buah ini untuk mematuhi larangan Nabi s.a.w.
Carian di internet menghasilkan capaian kepada iklan jus kurma + kismis iaitu
1-jus kurma+kismis
2-jus kismis n Safina
3-Pati kurma kismis+delima jenama tok ayah.
Kalau kita rajin menggunakan enjin pencari google, tentu banyak lagi jus kismis + kurma yg akan kita temui terjual di pasaran/melalui internet.
Mungkin pengusahanya tak perasan akan larangan hadis. Saya tidak pasti bagaimana dakwaan bahawa campuran kurma dan kismis dapat meransang minda kanak2 seperti diiklankan.
Kebetulan hari Jumaat yg lalu telah diadakan kelas memasak acar buah di Surau al-Baraqah Kuantan. Resipi acar buah memang boleh dipelbagaikan . Oleh itu resipi yg asalnya tiada buah kurma, telah dicampur buah kurma. Sebelumnya telah diadukkan buah2an jeruk dengan kismis dan cuka. Akhir sekali dimasukkan kurma yg telah dicincang. Saya tak sempat nak memberitahu , kerana tak pasti apa buah yg dituang. Sudah masuk semuanya baru saya tanya....
Mungkin bagi sesetengah mereka yang 'kebal ' dengan makanan, apa pun sedap sahaja. Macam orang hisap rokok, bahaya pun dah lali malah jadi ketagihan pula. Cuma kita perlu hati2 dengan larangan Nabi terutama kepada mereka yang terlimat mencipta resipi dan ubat2tan. Apa yg dilarang oleh Nabi hendaklah kita tinggalkan sekalipun pada kajian saintifik, setiap buah2an atau makanan ia ada khasiat tersendiri.
Dalam buku ini ada dimuatkan hadis larangan mencampurkan kismis dengan kurma dan larangan mencampurkan kurma muda dengan kurma tua dan sebagainya. Ada baiknya kita miliki buku ini.
Hadis Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a: Bahawa Nabi Muhammad SAW menegah mencampurkan anggur kering dan kurma atau mencampurkan antara kurma muda dan kurma masak. Terdapat juga hadis yang lain mengatakan bahawa Rasulullah SAW melarang sahabatnya memakan dua biji kurma sekali gus. Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Jabalah bin Suhaim r.a katanya:
"Ibnu Az-Zubair r.a pernah memberikan kami buah kurma. Ketika itu orang ramai sedang ditimpa kesusahan. Pada waktu kami sedang makan, tiba-tiba datanglah Ibnu Umar. Dia menegur dengan katanya: Jangan kamu mengambil dua biji kurma sekali gus. Hal ini demikian kerana Rasulullah SAW telah melarang perbuatan tersebut kecuali setelah seseorang itu mendapat izin terlebih
dahulu daripada temannya." (Sahih Muslim: no 3809)
Artikel di atas dipetik dari BAB 1: Kurma dalam buku Kenali 15 Superfoods Dalam Al-Quran. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di http://www.books.perintis.com.my atau berhubung dengan Cik Nor di talian 03-9019 5303
10 comments:
Saya dah beli buku ni. Dah dapat pun tadi.
assalam.. sy suka entry nih :) izinkan sy follow
produk tokguru ada camnpuran kismis dan kurmz.bukti ada kat link bawah ni.
http://tokguru.net/isukurmankismis2.html
Memang banyak produk yg mencampur kismis dgn kurma dan macam2 bahan laim yg sunnah. Ttp setahu saya cara makan Rasulullah ialah makan satu persatu tidak dicampur.. biasanya kalau bahan dicampur2 ia akan menghasilkan satu bahan lain akibat bertembungan dua bahan yg berbeza.
jika kita makan satu2 makanan satu persatu, jika alahan atau ada kesan sampingan kita mudah tahu apa yg menyebabkannya. TTp jika bahan dicampur2 , kiata sukar mengenalpasti bahan yg mana menyebabkan tindakbalas. Allahuakalam.
http://tokguru.net/isukurmankismis2.html
Larangan Rasullullah SAW adalah mencampurkan kurma dan kismis. Sekali lagi, campuran kurma dan kismis dilarang. Walaupun campuran kismis dan kurma belum lagi menjadikan ia arak. Ia tetap dilarang. Sudah terang lagikan bersuluh bagi orang yang celik akalnya.
Bagaimana pula kalau dgn pisang + kurma ?
Saya ada terbaca artikel mengenai LARANGAN MENCAMPURKAN KURMA DENGAN KISMIS iaitu anggur kering sebagaimana hadith Bukhari daripada Jabir r.a yang berkata:
Maksudnya : Nabi melarang campuran kismis dan buah tamar kering dan buah tamar muda dan buah tamar basah.
Dalam riwayat Abu Daud ada hadith yang lebih kurang sama mafhumnya daripada Abu Qatadah r.a yang berkata:
Maksudnya : Nabi melarang campuran anggur kering yakni kismis dengan kurma.
Larangan campuran kismis dan kurma juga terdapat dalam hadith-hadith riwayat Imam Tarmizi dan juga Nasa'i.
Sepertimana susu Halib's semuanya mempunyai ekstrak campuran kurma dan kismis. Boleh jelaskan?
Jawapan:
Hadith-hadith tersebut digunakan oleh sesetengah pihak untuk mengelirukan orang ramai bahawa Jus TOK GURU keluaran Saffron Integrated Marketing/produk Islam yang mengandungi campuran kurma dan kismis adalah haram sama sekali. Sedangkan kajian terperinci terhadap perbahasan ulama' dalam hal ini tidak dilihat dengan penuh cermat.
Imam An-Nawawi Rahimahullah melihat hadith tersebut dengan penuh cermat sebagai tokoh ilmuan Islam yang terkemuka, beliau telah menjelaskan kehendak hadith tersebut di dalam kitab Syarah Sahih Muslim (شرح صحيح مسلم) karangan beliau sendiri secara berhikmah.
Para ulama' menyatakan bahawa sebab timbulnya hadith larangan campuran ini ialah kerana orang Arab Jahiliyah menggunakan teknik campuran kurma dengan kismis bagi menghasilkan arak secara mudah dan murah di rumah-rumah mereka.
Para ulama' dengan penuh teliti menyatakan bahawa apabila di sahkan campuran jus tersebut tiada alkohol dan tidak memudaratkan maka ianya termasuk dalam hukum yang umum iaitu
الأصل في الأشياء الإباحة yang bermaksud Asal hukum sesuatu itu ialah harus.
Para ulama' dengan penuh bertanggungjawab menyatakan bahawa sebab larangan campuran kismis dengan kurma ialah apabila matlamatnya ialah untuk menghasilkan arak,jika niat untuk menghasilkan arak maka barulah ianya dilarang. Sedangkan penghasilan Jus TOK GURU tiada kaitan langsung dengan niat untuk menghasilkan arak.
Para ulama' dengan penuh hikmah menyatakan bahawa kalimah "Naha" yakni "Larang ataupun Tegah" yang digunakan dalam hadith tersebut tidak semestinya membawa hukum haram, ia boleh jadi membawa hukum larangan biasa sahaja. Kerana itulah ulama'-ulama' dalam Mazhab Syafie dan Jumhur Fuqaha' termasuk Imam Abu Hanifah dan Imam Abu Yusuf berpendapat bahawa larangan tersebut tidaklah sampai kepada hukum haram, tidak juga sampai membawa kepada hukum makruh tahrim iaitu makruh yang dekat dengan haram.
Ini kerana kata Imam An-Nawawi Rahimahullah bahawa i'llah(علة) ataupun faktor larangan campuran kismis dengan kurma lebih kepada jika ianya membawa kepada musykil iaitu memabukkan. Maka ulama' berpandangan bahawa minuman jus/air campuran kismis dan kurma itu tidak menjadi haram selagi mana ianya tidak memabukkan.
Justeru itu, saya menyeru kepada semua individu agar lebih berhati-hati dalam menjelaskan sesuatu hadith ataupun sesuatu hukum daripada hadith kerana ianya boleh mengelirukan orang ramai jika kefahaman terhadap maksud hadith itu tidak jelas.
Sebaiknya rujuklah terlebih dahulu kepada pihak yang berautoriti ataupun kitab-kitab muktabar ataupun pandangan para ulama' sebagai tindakan yang berhikmah dan lebih berhati-hati.
Wallahua'lam, wassalamua'laikum w.b.t.h
Oleh : Ustaz Mohd Fauzi Mustafa
Kesimpulannya Susu Halib's / sebarang produk lain dengan campuran kismis dengan kurma (bukan tujuan pembuatan arak/ tidak memabukkan) tidak haram dan selamat untuk digunakan.
Anda boleh juga rujuk hadith di link berikut:
http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=146:35-terjemahan-hadits-shahih-muslim-kitab-minuman&catid=8:hadis-shahih-muslim&Itemid=58
Betullah tu, bukan semua larangan itu menghasilkan hukum haram.
tetapi ada baiknya kita pilih untuk hindarkan.
saya tak fikir orang yg menulis rencana tentang larangan mncampur kismis dna kurma itu bertujuan jahat untuk melingkupkan perniagaan jus tok guru...jadi janganlah ada mana2 ustaz yg prasangka .
bukankah lebih baik jika kita bercermat dalam menghasilkan produk seperti mana kita teliti dalam memahami hadis?.
jika formula campuran kurma+kismis dalam sesuatu produk boleh mendatangkan perbahasan , syak wasangka dan kekeliruan yg menyebabakan para ustaz perlu menjelaskan dgn pjng lebar, rasanya lebih mudah jika merekan tidak mengunakan formula ini.Sama samalah kita berlapang dada.
saya tak minum jus tok guru atau mana2 jus siap diminum.
itu pilihan saya.
saya suka buat jus segar.
terima kasih.
Tentang campuran pisang+ kurma Allahuaklam, saya tak tahu.
Tetapi saya mendekatan yg sama iaitu saya tak campur lebih2 lagi jika dibiarkan campuran itu lama.
jika campur pisang+kurma, blend terus minum ok rasanya.
kita kena faham sifat kurma ini jika dibiarkan terkena air ia akan masam dan berasid. Pisang pun begitu.Kismis juga.
jadi fikir sendirilah.
Post a Comment