Wednesday, April 14, 2010

Mencari putumayum


Kalau di utara khusunya di Perak, tak jadi masalah. Di mana mana ada sahaja orang jual putu mayum. Biasanya kaum India yg menjualnya. Jangan bimbang tentang kehalalannya, bahan2nya halal belaka.Hanya menggunakan tepung beras, gula merah dan kelap parut. Buatannya pun bersih . Kalau tak bersih basilah jawapnya. Jadi logo halal mungkin tak begitu diperlukan untuk makanan yang namanya putu mayum atau putu mayam.

Di Kuala lumpur saya selalu beli putu mayam di Jalan masjid India seperti dalam gambar di atas. India muslim yg jual. Satu bungkus ada yg Rm5, ada RM3 dan RM2. Pilihlah. Cuma kelapanya selalu tak cukup.Selama tinggal di Kuantan sejak 10 tahun lalu, saya tak nampak putu mayum dijual di mana-mana. Tapi bulan lepas saya berjumpa seorang melayu menjualnya di pasar tani taman Inderapura. Wah seronoknya,walau pun jauh berbatu-batu demi putu mayum berbaloi baloi rasanya memandu ke sana. Melayu pulak tu, putu mayum utara nama diberi. Minggun lepas saya pergi nlagi, hampa.Bercuiti pula penjualnya, jangan terus leasap sudahlah. Kempunan pula saya nak makan putu mayum melayu di Kuantan.



Minggu lepas emak saya pula minta putu mayum . Dia dah 2 minggu hilang selera makan.Bergengung juga telinga mendengar permintaan emak saya. Pulak tu dia minta pada hari selasa, pasar tani tu hari Isnin dan Khamis setahu saya. Saya pun bertanya-tanya kawan.Untunglah bertanya, kawan saya pun agak2 sahaja. Katanya dekat restoran depan Megamall. Demi ibuku, saya pun mencari juga di lokasi yg dinyatakan. Berbaloi juga mencari di situ. Memang ada di retoran TAJ. Satu set 80sen. Saya beli 4 set, takut tak cukup. Rupanya satu set pun dah kenyang....rasanya sedap, lembut tepung berasnya. Bolehlah saya rekomen siapa yg datang Kuantan pergilah ke restoran TAJ dekat Megamall. Kalau tak dapat cari talipon nombor dalam gambar. Pukul 8 pg dah sedia dijual.

Sekarang dah kempunan lagilah nak makan putu mayam di Kuantan.

No comments: