Monday, April 12, 2010

Bubur putih bubur merah


Bagi keluarga kami makanan ini adalah tradisi keluarga. Bubur nasi yg ditambah gula merah. Warnanya separuh putih separuh coklat. Tak ada yg berwarna merah sebenarnya. Tetapi kerana ianya dicampur dengan gula merah (yg berwarna coklat) maka ia dinamakan bubur merah.

Jarang sekali saya buat bubur ini. Biasanya jika teringin saya akan beli bubur sumsum yg rasanya seakan sama juga ttp bubur sumsum dibuat dari tepung beras dituangkan dengan sirap dari gula merah.
Bahan-bahannya mudah.
1-Satu pot beras
2-secawan santan pekat
3-setengah cawan gula merah
4-secubit garam
sehelai daun pandan.

Caranya:
1-Masak beras yg telah dicuci dengan 3 gelas air hingga kembang.
2-Masukkan santan, garam dan daun pandan. Masak beberapa minit lagi hingga bubur agak pekat.Sentiasa kacau supaya tak hangus.
3-Asingkan separuh dari bubur ke dalam periuk lain dan tambahkan gula merah. Kacau atas api sehingga gula sebati.
4-Ketika menghidang, masukkan 2 senduk bubur putih dalam mangkuk dan tuang 2 senduk bubur merah diatasnya. Enak di makan bersama teh kurang manis.

ps: awatlah buat susah. Buh satu warna pun ok gak .. tapi itulah namanya resipi. Lain orang lain cara masak...itu cara lama. Mungkin cara baru boleh bubuh gula dalam bubur sekali harung.. tap tak ada ummph la.

4 comments:

Anonymous said...

kalo sy wat lg senang kak.. tak yah msk bubur 2 kali.. kite wat cam nie msak bubur putih cam biase .. masak plak gule melaka .. pas tue hidang bubur putih letak jew air gula melakaa kat tgh2.. bile kacau jd lah bubur merah putih.. sedap sgt2...

Ummu Waheedah said...

tu dah lain punya resipi dek...boleh jer nak buat cam tu tak der masalahnya.

Anonymous said...

mcm terbalik je.. bukan yg kaler putih letak atas yg merah ke? hehe

Ummu Waheedah said...

ok jer nak taruk putih atas pun boleh maa, dalam perut bertemu jua he he he...