Saturday, June 11, 2011

Makan nasi minyak


Hari ini hari Sabtu. Apa istimewanya hari Sabtu? Hari Sabtu sekarang ni dah jadi hari yg istimewa kerana ianya adalah hari kelepasan am seluruh negara senatero negeri. Hari Cuti satu Malaysia lah katakan.Negeri-negri yg cuti amnya hari Jumaat, hari Sabtu juga adalah hari cuti. Bagi Negeri hari cuti amnya hari Ahad, hari Sabtu juga hari cuti. Jadi hari Sabtu semua negeri cuti.

Kerana itulah hari Sabtu dipilih sebagai hari persandingan dan hari kenduri. Bila buat kenduri hari Sabtu, tujuannya supaya rakan dan saudara mara yg berada dinegeri2 lain dapat menghadiri kenduri yg diadakan pada hari Sabtu.Hari ini salah seorang jiran saya mengadakan kenduri sambut menantu, esok ada satu lagi kenduri. Maknanya hujung minggu ni tak payah masak tengahari.

Kalau dulu orang buat kenduri kawin, mereka masak nasi minyak. Sekarang tak ada nasi minyak yg ada ialah nasi brianai dan pilihan kedua , nasi putih dengan lauk ayam/daging dan masakan kampung. Saya ingat masa kecik2 dulu, selalu ikut mak pergi kenduri makan nasi minyak dengan kurma daging/ayam, huh sedapnya. Nasi minyak ni dimasak menggunakan minyak sapi,dengan rencah bawang merah, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sahaja. Warnanya putih ,bau minyak sapinya semerbak tetapi nasinya tidaklah berminyak sangat.Sekarang dah tak ada lagi nasi minyak jenis ini. Asyik2 nasi briani, nasi arab, nasi tomato atau nasi ukhari. Daging ayam/lembu masak kurma lagi lah tak jumpa. Yg ada daging masak rendang atau masak kari.


Dulu ada juga kenduri kawin yang masak nasi putih , tetapi lauknya spesel seperti umbut kelapa yg jarang didapaiti pada hari lain.Tentu ada sepohon kelapa yang jadi korban.Memang sedap umbut kelapa dimasak lemak putih,ada sambal belacan dan ulam-ulam. Diganding dengan ayam goreng/ayam kampung dan ikan goreng atau ikan bakar. Memang ditunggu-tunggu majlis kenduri. Di kampung yg ada orang jawa pula, kendurinya ada nasi ambang, dan nasi berkat yang dibawa pulang. Sekarang dah tak ada lagi tradis bawa pulang nasi berkat/nasi ambang. Asyik2 bawa balik jajan yang entah apa-apa isinya. Paling popular, jeli SUMI dan bahulu jadi buah tangan tetamu yg datang.

Begitu lah , zaman berubah,negara dah maju. Tetapi nasi minyak masih lagi menjadi kenangan dimasa lalu. Kalau teringin makan nasi minyak putih, kena la buat sendiri, beli minyak sapi dalam paket jer, itu yg sedap. Yg dalam tin tak sedap. Hai macam2 lah kalau nak layan tekak.

No comments: