Friday, June 17, 2011

Petua:Kalau masak bubur, jangan kacau

Baru-baru ni saya menghadiri satu majlis kenduri kesyukuran. Tukang masaknya seorang pakcik yang peramah. Banyak tip-tip masakan yang diberikan oleh pakcik tadi, ternyata pakcik tadi tak lokek ilmu. Pakcik tadi tanya saya pernah tak masak bubur tak kacau. Pelik juga , masak bubur mestilah kacau.

Pakcik tadi kata , kalau masak bubur jangan kacau, untuk mengelakkan berkerak. Tak kiralah nak masak bubur kacang atau bubur nasi, tak perlu kacau. Caranya masuk saja kacang atau beras dalam periuk, letak air secukupnya dan rebus pada api sederhana.

Biarkan jangan dikacau langsung sehinggalah mula mendidih , kemudian baru boleh kacau, letak santan dan sebagainya.

Kalau dari mula masak dikacau bubur tadi, maka mesti kacau sampai mendidih, jika tidak berkerak. Jika tidak, jangan kacau langsung hingga mendidih.

Jadi baru-baru ni saya suruhlah isteri masak bubur nasi, jangan kacau. Alhamdulillah memang jadi. Hanya dikacau apabila sudah mula mendidih.

Kata pakcik tadi rahsianya ialah apabila beras atau kacang tadi dibiar masak tanpa kacau, akan ada lapisan air antara beras dan kacang dengan dasar periuk. Apabila di kacau sahaja maka, lapisan air ini akan hilang dan beras dan kacang akan terkena dasar periuk.

Satu tip yang amat berguna, sambil masak bubur boleh buat kerja lain tanpa perlu berdiri di dapur untuk sentiasa mengacau.

Macam ni , para suami pun boleh tolong masak bubur.

Selamat Mencuba

Sumber:Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com

No comments: