Thursday, September 29, 2011
Khasiat Delima
Khasiat Delima “Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” - Al-An’am:99
Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.
Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.
Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
Antara khasiat delima adalah ia mampu merawat sakit Batu hempedu,batu karang, sakit perut, apa sahaja sakit disebabkan bendasing dalam badan.
Caranya:
1-Cari buah Delima yg sempurna, iaitu kelopaknya lengkap.
2-Koyak kulitnya, ambil bahagian dalam yg berbentuk mcm arang lebah. Isinya makan la..
3-Sebiji kulit delima + 7 cawan air, di rebus. Minum setiap hari 3x selama 7 hari
4.Bacakan al-an'am:99&141, arrahman:68 yg sebut tetang keajaiban delima.
Pesanan ustaz syarhan: Sebelum amalkan petua itu,jumpa orang soleh atau hafiz, untuk semak bacaan apa yg kita baca supaya ayat yg kita baca betul.
sumber: Tanyalah ustaz- ustaz Sarhan Syafie (28 sept 2011 12 mlm -siaran ulangan)
Untuk kaum wanita, jika haid tak teratur, amalkan makan isi delima atau amalkan minum jus delima.Selamat mencuba.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
mmg bagus mkn buah delima nih especially masa mengandung.. org ckp nanti mata anak cantik
Ann, kalau nanti matanya tak cantik jgn salahkan delima pulak yer.. he he. Mungkin bibirnya merah macam delima tu ..
da lme tak mkn delima.la ni delima pon susah nk jumpa
untuk rebus kulit tue, bhg kelopak masuk sekali ke?
Yer rebus kulit termasuk kerawang2 putih bahagian dalam dan juga kelopoaknya..cuci dulu yer.
Nk rebus berapa lama
rebus sampai mendidih, biar mendidih selama 2-3 minit. lebih lama pun tak apa jangan sampai kering. lebih lama air semakin pahit, itu saja.
Post a Comment