Saturday, February 18, 2012

Petua sembelih supaya daging lembut


Kesedaran terhadap tanggungjawap beragama semakin meningkat sekarang. Ramai ibubapa yg membuat kenduri aqiqah untuk anak2 yg sudah dewasa. Mungkin semasa kecil anak-anak itu tidak diaqiqahkan kerana kurang ilmu atau kurang kemampuan. Jadi bila ibubapa sudah ada kemampuan dan ada kesedaran, aqiqah ditunaikan juga (qadha). Walaupun mungkin pahalanya berkurangan berbanding jika dilakukan 7 hari selepas kelahiran, tetapi sekurang2nya tidaklah terlepas pahalanya. Sesunggunhnya Allah s.w.t lah yg lebih berhak memberi pahalanya.




Dalam bulan ini sahaja sudah tiga kenduri aqiqah yang saya hadir. Seorang jiran sembelih seekor lembu, seorang sembelih kambing dan seorang lagi , hari ini sembelih seekor kerbau. Alhamdulillah mudah2an amalan mereka diterima Allah s.w.t. Untung makan kenduri aqiqah kerana kita tak perlu bawa buah tangan. Kita cuma perlu habiskan makanan yang disaji oleh tuan rumah. Kalau ada yang nak dibantu cuma bantu proses memasak dan mengemas sahaja. Biasanya jiran terdekat atau keluarga tuan rumah yang akan bantu.

Saya tertarik dengan kelembutan daging kerbau masak rendang hari ini. Walau pun rendangnya tidak sesedap rendang tok Kuala Kangsar, tapi lembutnya bagai dimasak semalaman. Agaknya tentu ada kaitan dengan cara sembelih, sepertimana yang selalu saya diberitahu. Cara sembelih dan cara memotong daging boleh mempengaruhi lembut atau kerasnya daging. Daging yg dipotong tidak mengikut era lebih mudah empuk. Melalui carian google saya mendapati ada petua mendapatkan daging yang lembut melalui sembelihan yg betul:-

Petikan dari http://albakriah.wordpress.com/2011/11/01/petua-sembelih-binatang/

1. Supaya daging tidak berlemak

Ada wudhu’ ketika sembelih binatang
Mata pisau disapu terlebih dahulu dengan minyak yang ada dibahagian hidung kita
Hulu pisau dibungkus dengan kertas atau sebagainya
Mata pisau dikilir atau digerakkan dengan belakang tapak tangan

2. Supaya daging binatang menjadi lembut

a. Mata pisau diletak dekat butir halkum binatang

b. Kedudukan seluruh badan kita jangan berbetulan dengan mata pisau

c. Tahan nafas sewaktu hendak sembelih dan semasa sembelih maka nafas dilepas secara perlahan-lahan

3. Bacaan ketika mahu sembelih binatang supaya daging tidak berbau busuk

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الحَمْدُ

اللّهُمَّ هَذَا هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنَّا كَمَا تَقَبَّلْتَهُ مِنْ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ خَلِيْلِكَ وَمِنْ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبِيْدِكَ وَرَسُوْلِكَ اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالجَنَّةَ

4. Selesai sembelih binatang maka sapukan hujung mata pisau kepada pipi binatang tadi supaya lalat tidak datang menghurungi daging

5. Supaya mencukup atau memadai daging bagi setiap jamuan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ِلإِيْلاَفِ قُرَيْشٍ إِيلاَفِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ

Hembus dan sapu kepada badan binatang bermula bahu hingga punggungnya

6. Jangan basuh tangan dan mata pisau sehingga binatang sembelihan benar-benar telah mati

# Sebaiknya tukang sembelih tidak menjadi tukang yang memandikan mayat kerana biasanya boleh membawa kepada daging menjadi keras.

Petua ini diamalkan oleh Tuan Guru Hj Hashim Mudir Pondok Pasir Tumboh.

Allahuakalam.

No comments: