Monday, November 26, 2012

Kueh lompang

Bahan-bahan:
3/4 cawan tepung beras cap bunga  *
¼ cawan tepung gandum
¼ gula nipah atau ½ cawan gula merah
1 ¼ cawan air
Satu sudu makan air kapur
Segenggam kelapa parut + 1/2 sudu teh garam
15 acuan kueh lompang **
Sedikit planta untuk menyapu bahagian dalam acuan
Pengukus.

Cara membuatnya:
1-Campur gula nipah atau gula merah dgn 1 1/4 air dan didihkan hingga gula larut. Sejukkan dan tapis.
2-Campur tepung beras , tepung gandum, air kapur dan air gula nipah.Pastikan air guna ini jumlahnya 1 1/4 cawan. jika kurang tambah air lagi. Gaulkan semua bahan sebati dan tapis. Kesemua adunan akan menghasilkan lebih kurang 310 ml .
3-Masukkan air dalam pengukus lebih kurang 4 liter dan panaskan dgn api sederhana.
4-Sapukan sedikit planta ke bahagian dalam acuan. Tujuannya supaya kueh ini mudah dikeluarkan bila masak nanti.
5- atur acuan2 di atas redai pengukus dan masukkan dalam pengukus.Jarak satu acuan dgn yg lain lebih kurang 1 cm.Lebih jarak lebih baik. Tutup pengukus dan biarkan air menggelegak 2-3 minit dan acuan panas.
6-Buka penutup pengukus, kacau adunan dan tuangkan  dalam acuan2  sehingga 80% penuh. Sebaiknya guna  jug bermuncung supaya mudah menuang adunan ke dalam acuan.
7. Tutup semula pengukus dan kukus kueh 30 minit.
8. Tutup api, keluarkan kueh dan sejukkan dalam takungan air atau biarkan sejuk dalam cuaca bilik (lambat). Kueh yg menjadi akan ada lekuk atau lompang ditengahnya..baru boleh dipanggil kueh lompang.
9.Bila sejuk keluarkan kueh dari acuan dan letakkan sedikit kelapa parut.
Hidang dan makan la....oops ambil gambar dulu, masuk FB he he.

TIPS
(a)* Saya guna tepung beras cap bunga teratai, Jika guna tepung beras cap gajah, kena tambah air jadi 1 2/3 cawan .
(b) Selain tepung gandum boleh juga ganti dgn tepung jagung. Cuma jumlah tepung jagung hanya 2 sudu bagi setiap adunan. Jadi  bagi adunan satu cawan tepung beras,kurangkan 2 sudu dan tambah 2 sudu tepung jagung.
(c)** Saya guna acuan plastik boleh juga guna acuan  tembikar. Acuan aluminium atau steel tak pernah jumpa lagi.  Hasilnya sama.
(d) Guna pengukus apa pun boleh, ia tak menjejaskan hasil yg penting pengukus kena panas. Acuan tu tak panas pun tak per. Maknanya jika kita tuang adunan diluar pengukus dan masukkan dalam pengukus panas pun boleh.  Cuma  tangan kita yg mungkin lecur. Bergantung kpd jenis pengukus anda.
(e)Boleh pelbagaikan ramuan untuk rasa yg berbeza. Air boleh diganti dengan santan atau susu. Gula boleh diganti dgn gula pasir dan boleh guna pewarna ikut suka. Sukatannya sama.


Gambar2 di bawah ini adalah hasil  dari kepelbagaian bahan yang diguna. Selamat mencuba.
 

 

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan: Antara sunnah dan selera

Assalamu'alaikum, Hari ini 4 Ramadhan 1433H. Dah empat hari kita puasa, bagaimana keadaan kita? Apakah . Sehat , sakit, letih yang penting 'tetamu' kita (Ramadhan) mesti kita raikan. Dia hanya bertandang sebulan dalam setahun. Pejam celik pejam celik , tau tau masuk Syawal nanti. Rugi jika kita hanya melayan Ramadhan dengan berbagai resipi untuk membasuh tekak semata tetapi kalau tak makan semasa bersahur dan berbuka bukan puasa lah namanya kan?

 Kurma  , mangga dan  air zam-zam
Seronoklah siapa yang dapat beruasa di Mekkah dan Madinah, bukan setakat kurma malah boleh buka dgn air zam-zam. Nostalgia tiga kali berpuasa dan raya di Mekah tak dapat saya lupakan. Sentiasa dalam hati ada keinginan untuk mengulang kesyaduan beramal di Mekkah dan Madinah sepanjang Ramadhan. Umrah di siangnya, tarawih di malamnya di sambung qiam sebelum sahur. Di Malaysia tak dapat merasa begitu.Yang paling best kat sana tak payah sibuk2 nak masak untuk juadah buka dan sahur, semua disediakan oleh pakage umrah, jadi semua makanan sedap sahaja rasanya. Tak kira apa pun sedap. Paling saya suka ialah ruttab, kurma muda yg agak kelat2 sikit dan satu lagi kurma yg lembik (tak begitu tua).

Mangga kat mekah pun sedap, jus mangga dia pun sedap . Boleh dikatakan hari hari lepas tarawih saya akan singgah di kedai dekat hotel untuk beli jus mangga. Tak ada pun sakit perut atau sakit badan minum jus mangga kat Mekah. Kalau kat Malaysia mulalah macam-macah kerenah mangga ada. Sakit perut, sakit badan, kadang2 gatal badan pulak.  

Cobaan.
Apa yang dianjurkan oleh Nabi supaya kita berbuka dengan kurma ada kaitannya dengan kesihatan. Kurma membekalkan gula yg perlu untuk badan yang sudah keletihan sepanjang hari. Selain itu ia juga menyediakan perut kita untuk memproses makanan lain selepas itu. Malang bagi saya, hari pertama dan kedua saya diserang sakit kepala yg teruk selepas 30 minit makan. Biasanya saya akan makan kurma, minum dan solat. Selepas itu baru makan. Tiba2 kepala sakit, terasa bisa dan berat macam batu. Nak tunduk pun tak boleh . Cepat2 makan panadol aktive fast, tetapi rupanya 6 jam kemudian barulah lega dan boleh solat isyak & tarawih.

Mujurlah tidak berlarutan ke hari ketiga , jika tidak saya terpaksa ke hospital. Bimbang juga, takut sakit lain pulak. Cuma hari ketiga saya tak boleh tidur pula..dalam 48jam ni,baru tidur 2 jam. Selain itu , sakit biasa yg melanda di bulan puasa ialah sakit perut. Bukan gastrik jadi-jadian tau. Sakit ni lepas sahur sahaja jadinya. Mujurlah HPA ada sediakan teh kayu sepang ni. Rendam dalam air panas dan minum. Saya amal hari-hari sebab tak sangguplah kalau sakit perut memulas waktu pagi. Jadi kita sediakan teh sepang sebelum mengerang sakit perut. Setakat ini memang mujarap untuk semua jenis sakit perut akibat makanan, kalau sakit perut akibat 'datang bulan', lain ubatnya.

 Air aneka rasa


Kalau di Mekah cukup lah air zam-zam dan jus mangga, sesekali pekena ais krim putar.Saudi adalah pengeluar susu jadi ais krim yang dibuat tu sangat lah sedapnya. Di Malaysia hari-hari tukar air. Hari pertama jus sirap anggur 'vemto' ( impot dari Saudi), hari kedua buat lai chi kang sendiri, hari ketiga cuma air teh bunga rendam sendiri, hari keempat jus pegaga blend sendiri. Esok dah rancang nak buat jus kedondong asam boi pulak.. maklumlah kedondong tengah lebat tu. Lusa boleh buat jus markisa pula semuanya bahan-bahan sekeliling rumah. Air kelapa muda kena tunggu orng datang panjat la..

Semua air buat sendiri ,tak ada yang beli maklum kos dah meningkat. Buat air soya tak lah susah mana. My favourite jus carrot susu , jus pineapple will be in the list later. Air bali lagi senang nak buat,jus malberi, air bandung, air surabaya,, 'antara anyer dan jakarta' semua boleh buat punya.Cuma saya tak nak minum atau makan tembikai kerana ia melawaskan kencing, nanti asyik keluar masuk tandas jer,lagi tak cukup tidur pulak he he. Sekian coretan saya,selamat mengimarahkan Ramadhan.

Monday, March 19, 2012

Khasiat cuka kurma



Sekarang ini kesedaran terhadap pentingnya kesihatan semakin meningkat. Ramai pengguna telah mula mencari produk halal berlogo halal dan semakin ramai yg menyukai makanan sunnah. Cuka kurma atau dalam bahasa Arab di sebut "khal" mempunyai khasiat permakanan yang baik dalam mengimbangi diet permakanan sehat.

Cuka bukanlah asing didapur rakyat Malaysia khususnya orang melayu. Cuma cuka yang biasa digunakan ialah cuka buatan (syntatic veniger) . Cuka ini biasanya dimasukkan dalam masakan untuk tahan lama atau memberikan rasa masam. Biasanya ia di guna dalam acar buah, kuah chili nasi ayam, sambal tumis dan untuk melembutkan mee hun. Ada juga segelintir pengguna yang alahan (alergy) terhadap cuka buatan seperti saya dan pesakit gastrik. Cuka buatan akan membuatkan sendi2 saya jadi bengkak dan badan rasa sakit2. Oleh itu saya tidak boleh makan acar ,jeruk atau apa2 sahaja yg ditambah cuka buatan.

Namum syukurlah ada beberapa jenis cuka buah2an yg sesuai untuk saya seperti jus asam gelugur jenama Qurrataini dan terbaharu cuka kurma. Sebelum ini saya ada cuba cuka nipah dan cuka epal tetapi tak sesuai, rasa pedih perut pula. Saya minum jus asam gelugur dan cuka kurma untuk mengtasi masalah alahan apabila makan seafood, makanan dalam tin dan daging.

Fakta mengenai KHAL dari internet
(sumber www.khaltamarplus.com)

KHAL bukanlah bermaksud cuka sepertimana yang difahami oleh kebanyakan orang atau pun cuka buatan yang dibuat masakan dalam makanan. KHAL adalah suatu bentuk minuman kesihatan badan yang mempunyai banyak khasiat. KHAL dapat memenuhi kehendak tubuh badan dan mempunyai keberkesanan yang maksimum. Ianya adalah bersifat alkali (lawan kepada asid).

Ulama perubatan Islam terkenal Ibnu Sina (370-428H), Al-Qanun Fi Al-Tib, Tahqiq & Ta'liq oleh Sa'id Al-Lahham, Juzuk I, Darul Fikri, Beirut 1414H, m/s 908-909: KHAL dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit daripada kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan.

Ibnu Majah 3318: Terdapat dalam sunan Ibnu Majah, daripada Ummu Said (rd) Nabi SAW bersabda: "Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL, Ya Allah berkatilah KHAL, sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum Aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah."

Cara Pengambilan KHAL (pilih diantara dua cara):

Cara Pertama (disyorkan)
Goncang botol dan tuangkan 15ml KHAL ke dalam gelas. Campurkan satu sudu kecil
herba. Kacau dan minum perlahan-lahan.

Cara Kedua
Masukkan kesemua herba ke dalam botol. Semasa hendak minum,
goncang botol hingga sebati dan tuangkan 15ml KHAL ke dalam bekas
yang disediakan dan minum perlahan-lahan.

Untuk kesan optimum, KHAL hendaklah diminum tanpa dicampur
dengan air minuman lain, dua kali sehari selepas sarapan pagi dan
malam. Jadikan KHAL sebagai minuman terakhir anda sebelum tidur.
Sebelum diminum hendaklah terlebih dahulu dibaca al-Fatihah (1x),
Selawat keatas Nabi SAW (3x), mohon KHAL diberkati dan akhirnya
mohon agar disembuhkan penyakit yang dialami.

Sunday, March 18, 2012

Roti susu Jepun guna kaedah 'water roux'



Bahan asas:

Japanese Milk Bread:

2 1/2 cawan tepung roti
2 sudu makan active dry yeast
4 sudu gula halus
1/2 sudu teh garam
1 telur
1/2 cawan susu segar
3 sudu mentega
1/2 cawan tangzhong (lihat resipi di bawah)

Perisa tambahan:
sesudu serbuk kulit kayu manis
sesudu mentega
Sesudu gula perang.

Tangzhong (water roux):
1/3 cawan bread flour
1 cawan air

Cara buat tangzhong:
Satukan tepung dgn air, kacau supaya tak berbintil. Panaskan atas api sederhana sehingga likat dan sejukkan. Gunakan separuh untuk resipi ini dan separuh lagi boleh disimpan dalam peti sejuk untuk roti seterusnya (tahan 3 hari).




Cara buat Roti:
Masukkan susu, telur, gula , garam, 'water roux' dan mentega dalam bekas/mangkuk atau ke dalam 'bread maker'. Kacau dengan pemutar supaya sebati. Masukkan tepung dan dry yaest, gaul dan uli 10-15 minit.


Biarkan rehat selama 1 jam atau sehingga doh membesar 2x ganda.Kempiskan doh untuk membuang angin bahagikan kepada 4 bahagian. Gelek atau leperkan doh kpd 1/2in dan ukuran persegi lebih kurang 3x6 in. Sapu mentega, tabur gula dan serbuk kayu manis. Gulung doh.
Ulang proses yg sama hingga habis doh. Masukkan dalam loyang pembakar dan bakar pada api 175c selama 25 minit.

Sumber asal di sini