Wednesday, February 3, 2010
Seenak jus markisa
Saya mula mengenali buah markisa dari namanya yg jadi bahan bual di egrous Taman flora suatu masa dulu. Kemudian di rumah anak jiran saya ada ditanam pokok markisa yg menjalar sepanjang pagar rumahnya tetapi tidak begitu diendahkan. Buahnya yg bulat macam terung, berwarna kuning kelihatan semacam buah hutan yang tiada nilai.
Tahun lepas kakak saya pula menanam pokok ini dirumahnya dan awal tahun tadi dapatlah saya merasa jusnya. Pokok ini mengambil masa 6-8 bulan untuk matang dan berbuah. 3-4 bulan untuk proses berbunga sehingga buahnya boleh dipetik. Pada mulanya saya tak berminat dengan buah markisa kerana kakak saya letak merata2 dalam petisejuk sehingga kecut mecut. Suatu hari saya bertanya "Kenapa buah tu dibiar begitu sahaja tak nak dibuang ker? Semak melihatnya bersepah dalam petisejuk. Selepas itu barulah kakak saya ceritakan yg buah tu sedap dan menunjukkan cara membuat jus.
Buah markisa ini licin kulitnya. Jadi ianya perlu dicucuk dengan pisau sebelum dibelah. Isinya macam isi tomato.Baunya sedap.Sebaiknya buah yg dipetik dibiarkan dulu beberapa hari supaya getahnya berkurangan barulah dibelah dan dikaut isinya. Ia boleh dimakan begitu sahaja. Untuk buat jus, masukkan isinya kedalam blender, tambah segelas air dan 3-4 sudu gula.Sebiji markisa dapat segelas jus yg pekat. Blend 3-4 minit dan tapis.Tambah ketulan ais... huh, tu dia enak tak terkata.
Markisa ataupun nama saintifiknya Passiflora edulis merupakan sejenis tanaman dari genus Passiflora dalam famili passifloraceae. Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning (Passiflora edulis f.flvicarpa) dan buah markisa berkulit warna ungu (Passiflora edulis sim).
Sekarang saya sedang menyemai benih markisa . Dah seminggu satu habuk pun tak nampak bayang lagi...Mujur di rumah anak jiran saya buah ni sedang berbuah. Alhamdulillah puaslah makan. Saya beri sedikit kpd jiran yg lain, nampaknya jus yg banyak khasiat vitamin C ini mampu mengurangkan selsema, itu kata jiran saya. Bagi saya apa2 pun, jus markisa ni sedap giler..agaknya kalau ditambah susu lagi sedap kut.Selamat mencuba.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Terima kasih kerana bgtau. Sy bru beli buah markisa di cameron. Tp rasanya masam. Rupanya kne smpn lelama skit ye bg rasa manis...
Post a Comment