Tuesday, February 1, 2011

Belajar buat cupcake-barulah jadi


Pada 1 feb 2011 tercapailah hajat saya naka masuk kelas buat cupcake Lynn Hassan. Diringkaskan cerita dapatlah lihat bagaimana adunan dicampur dan bagaimana mengukur amaun adunan untuk setiap cawan kek. Haa jangan lah main hentam jer.. (peringatan bg diriku sendiri). Tiap satu cup cake saiz sederhana, timbang 40g . Ok ,inilah dia gambar2 cupcake satu persatu yg saya hiaskan, tapi biasalah first time pegang piping bag, picit pun tak pandai lagi. Gambar kat atas tu hasil tercantik dari tangan saya.

Mula2 belajar sapu buttercream dan ganache pada cupcake, sapu banyak2 dan ratakan. Lepas tu belajar buat bunga yg pink dan ungu.Buat rumput dan monster.Belajar cara letak jem dengan mengorek bahagian tengah kek. Belum hias lagi.



Yg ini cara hias dengan coklat/ ganache. Nampak simple dan mudah tapi nak tarik 'line' susah sgt, selalu putus2. Kena tarik nafas , baru jadi.



Yg ini paling mudah, beli bunga fondant dah siap , sapu dgn gum dia, dah jadi. Tapi bukanlah kreativiti sendiri.

Jenuh nak buat daun. Asalnya puan guru ajar buat petal, sampai kesudah saya tak leh buat, tak jadi. Yg jadi buat daun sahaja, itu pun tak cantik.. terlepek daunnya. Kena praktis banyak barulah menjadi. Ini namanya belajar.

yg ni tak susah apa2 sebab gambar edible tu beli yg dah siap. Yg susah nak letak titik kat tepi keliling tu, tak bulat pun titik tu, maknanya tak pandai..



Itulah semuanya gambar2 hiasan cupcake yg telah dipelajari. Saya tak suka buat bentuk binatang macam bear, ladybird , monster dan badut. Walaupun kita tak buat untuk sembahan tetapi tetap dibuat untuk dihargai atau diistimewakan. Jadi bagi saya lebih baik kita elak satu2 perkara yg menghampiri kemurkaan Allah iaitu membuat patung. Allah melaknat orang yg buat patung untuk tujuan sembahan (syirik) atau untuk perhiasan yg dihormati dan diberikan tempat istimewa. Sekalipun membuat patung untuk suka2, untuk mainan kanak2 dan hadiah, sebagai orang islam elok kita elakkan. Banyak lagi image yang boleh kita buat seperti buah2an, handbag, sofa/katil, pinggan mangkuk,peralatan sukan dan sebagainya yang tidak bernyawa. Allahuaklam.

2 comments:

Mr said...

Salam Tuan Blog,
Saya ni nak promosi Cara Buat Cup dalam bentuk Video dari penjual Cup Cake.

Harap dibenarkan, ini link jika sesapa minat untuk membelinya Buat Cup Cake .
Harganya cuma RM 90

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Saya ada buat cerita tentang cupcake juga. Boleh lawati cerita saya di sini.
http://pokok2u.blogspot.com/2014/03/panduan-buat-bisnes-cupcake-dari-rumah.html