Thursday, March 8, 2012

urap/kerabu kacang botol



Bahan Sayur:
secekak kacang botol (8-10 tangkai)
kacang panjang (4-5 tangkai)
Taugeh segar semangkuk (50sen)
Sebiji bawang besar -dihiris nipis
1 liter air panas untuk mencelur sayur.

Bahan rencah/sambalnya:
2 biji chili merah
3-5 biji chili padi (saya guna 3 biji shj sebab tak tahan pedas)
2 sudu udang kering -cuci bersih
sedikit belacan -(dibakar)
2-3 ketul ubi cekur - bersihkan
sebiji bawang putih
garam 1 sudu teh
Satu cawan kelapa parut -di goreng hingga perang.

Perisa; Air limau nipis (sebiji) + sesudu gula halus.

Cara buat:

Bersihkan semua bahan sayur kecuali bawang besar. Panaskan air hingga mendidih dan masukkan semua bahan sayur.Biarkan 2 minit dan toskan. Hiris nipis2 kacang botol. Kacang panjang boleh potong 1/2in . Taugeh biar begitu sahaja. Hiris bawang besar nipis2. Masukkan semua bahan dalam bekas besar/besen.

Bersihkan dan basuh chili merah dan chili padi. Goreng dengan sedikit minyak hingga layu. Ini untuk memudahkan menumbuh (tak mercik). Tumbuk chili dengan semua bahan rencah (kecuali kelapa) hingga lumat.

Goreng kelapa tanpa minyak hingga keperangan. Gaul semua bahan hingga rata sambalnya dan tambah dengan air limau nipis dan gula. Rasa garamnya, jika tak cukup tambah lagi. Sedia untuk dihidang.

Tips: Daun cekur juga boleh di hiris halus dan dicampur dalam bahan. Lagi sedap.

No comments: