Sunday, June 21, 2009
Labu kuning masak lemak
Bahan-bahannya
1/2 biji labu kuning
1/2 biji kelapa (ambil 400g santan @ 2 gelas kecil)
1/4 biji bawang besar.(dihiris)
Sedikit ikan bilis
6 biji chili padi/chili merah (dihiris)
15-20 biji lada hitam
2 helai daun kunyit.
Cara memasak.
1-Kupas labu dan belah anggaran 1-1 1/2 inci persegi
2-Rebus labu hingga lembuk/empuk (tidak terlalu lembik).Toskan
3-Tumbuk lada hitam tidak terlalu halus, sekadar pecah2.
4-Masukkan santan ,labu, bawang, chili padi, ikan bilis dan daun kunyit dalam periuk dan jerang semua bahan. Tangguk2 kan santan supaya tak pecah minyak. Biar santan mendidih 2-3 minit. Masukkan garam dan rasa garamnya. Angkat dan hidang.
Tips: Rebus labu dahulu supaya santan tak pecah minyak. Jika labu dimasak sekali dgn santan, masa yg diambil menjadi lama dan santan akan pecah minyak, orak enak (ngomong jowo) he he jgn mare..
Saya guna daun kunyit untuk tambah aroma dan guna lada hitam buang angin labu. Kalu tak bakal sebu perut atau sendawa memanjang bagi sesetengah orang. Dan rasanya lebih sedap. hah senangkan masak? lagi senang kalau tersaji..emm baunya, aduhai. Kalau tengah puasa, makruhla cium bau makanan.Tapi nak buat macam mana, bak kata arwah P.Ramlee tak boleh makan cium bau sahaja...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Kalau kurangkan manis dan akan terasa lemak dan manis serta masin yg secukupnya..Lagi sedap
En.Lana bulu' , (seram saya guna nick ni.. he he) rupanya nama tempat yer. Ingat ulat bulu tadi..
t.kasih krn sudi singgah dan memberi ulasan. Sebenarnya labu ni kesukanan Nabi kita. Saya lupalah orang Arab panggil apa , ada keluarag saya di Jeddah cakap.
Saya lupa. Tapi memang kalau kita baca buku2 berkaitan makanan sunnah akan jumpa labu yg dikatakan sebagai makann kegemaran Nabi dan juga makan Nabi Yunur ketika kelaur dari perut Ikan Nun.. Allahuaklam.
Post a Comment