Friday, June 19, 2009

Cara buat Asam gelugur



Inilah rupa buah asam gelugor. Saya beli di Ipoh RM1 3 biji. Murahnya, pilih sahaja mana yg berkenan. Selalu saya beli asam gelugor ni kalau saya berada di Ipoh.Mudah didapati sebab ia bukan buah bermusim, sentiasa ada.


Asam gelugor dihiris senipis 1/2cm,sedia untuk dijemur.



Jemur di bawah panas mentari. Ini gambar hari ke 4. Masih belum begitu kering sebab cuaca tak begitu terik.Biasanya 4-5 hari dah elok keringnya.



Lumayan juga hasilnya boleh dapat 3 longgok yg biasa kita beli RM1 selonggok. Jadi, beli RM1 dapat hasil RM3. Ok lah tu kalau nak business. Daripada kita tanam pokok2 yang tak mendatangkan hasil eloklah tanam pokok asam gelugor.

No comments: