Monday, June 15, 2009

Putu mayum


Putu mayum asalnya adalah masakan kaum India. Ia dibuat dari tepung beras yang di'semprit'kan melalui acuan maruku berlubang kecil (lebih kecil dari meehun) dan di kukus. Ia dimakan bersama gula merah dan kelapa parut.Sedap dimakan sama ada pagi petang atau bila2 sahaja. Walaupun masakan ini terkenal dikalangan kaum India, ianya lebih masyhor di negeri Perak. Saya suka putu mayum di Simpang Ampat, Taiping. Memang best.

Sebenarnya nak buat putu mayum ni bukan susah. Bahan asasnya cuma tepung beras. Bahan lain ialah gula merah, kelapa parut, pengukus, acuan putu mayum dan penapis rotan. Pilih penapis rotan/buluh yg tahan dikukus . Yang susahnya ialah proses membuatnya kerana hanya kemahiran sahaja yg membezakan sedap atau tidaknya putu mayum.Kini sudah ramai orang melayu mampu menghasilkan putu mayum yg tak kurang sedapnya. Kesempatan cuti sekolah penggal kedua ini saya gunakan untuk merasa putu mayum buatan orang melayu di Ipoh. Saya berkesempatan membeli putu mayum yang bersira pandan (hijau) di pasar malam berdekatan Taman Perpaduan , Ipoh minggu lepas. Gambar di atas diambil dengan persetujuan peniaga tersebut yg saya 'snap' di pasar malam Taman perpaduan Ipoh pada 10 Jun 2009. Beliau menunjukkan kemahiran memutar putu mayum warna hijau (pandan asli katanya).

Hari ini saya belajar hands-on cara buat putu mayum dari kakak saya.
Bahan2nya:
Sepaket tepung beras (cap alagapa)
Sesudu besar garam
Air mendidih kira2 seliter (jgn guna semua)
kelapa parut (1/2 biji -yg putih shj)
Gula merah.
Pengukus
Kain kasa putih/lampin yg bersih
(boleh guna daun pisang)
penapis buluh/rotan.
acuan putu mayum

Cara membuatnya:
1-Goreng tepung beras dan garam dengan api kecil selama 10 minit.Kacau sentiasa
2.Didihkan air.
3.Masukkan air mendidih sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil kacau dengan senduk kayu sehingga menjadi doh yg boleh dikepal. Kepal-kepalkan doh segenggam demi segenggam supaya mudah dimasukkan dalam acuan putu mayum.
4- Didihkan air dalam pengukus.
5- Masukkan kepalan doh dalam acuan dan tekan doh sambil membuat lingkaran bulat di atas belakang penapis rotan. Sebaiknya penapis tadi dipanaskan terlebih dahulu dan diletakkan kain kasa/putih di atasnya barulah ditekankan putu mayum.Tekan beberapa keping putu mayum di atas belakang penapis hingga penuh ruang penapis (lihat gambar).
6.Letakan penapis dalam pengukus dan tutup.Masak selama 5 minit dan angkat.
7-ulangi proses hingga habis adunan.


Cadangan hidangan:
Letakkan 3 keping putu mayum dalam pinggan dan taburkan sesudu kelapa parut dan sesudu gula merah. Makanlah mengikut cara kesukaan anda , yang penting masuk mulut dan tekak . Putu mayum India sebenarnya lebih sedap.Tak tau kenapa.. he he.

Inilah rupa putu mayum yg dibuat hari ini. Berbidan juga membuatnya sebab bukan senang nak menekan acuan. Tenaga lelaki pun belum tentu dapat hasilkan putu mayum yang baik.Putu mayum tak boleh terlalu tebal, tak sedap. Rasanya kalau saya yg menekan acuan kena guna kaki ler,kalau guna tangan esoknya jadi OKU pulak he he.


Inilah acuan putu mayum. Acuan ni lah juga untuk buat laksa, mee dan muruku. Cuma tukar piringnya sahaja. Saya fikir kalau saya nak buat putu mayum, kena tempah acuan khas, yg boleh didirikan atas sangga (macam mesin buat ABC) dan boleh pakai motor untuk memulas/tekan acuan. Eh banyak modal pulak nak makan putu mayum cik Pah. He he, mujur lah masih ada orang sudi buat dan jual putu mayum,kalau tak kempunan saya kalau kena buat sendiri, biarlah putih mata dari reput tulang menekan acuan tu, he he.

No comments: