Sunday, August 2, 2009

Roti canai ustaz


Bahan-bahan
1kg tepung cap sauh
3 sudu gula
1 sudu garam
2 1/2 cawan air suling (lebih kurang 400ml)
50g majerin

Cara:
1-Panaskan/cair magerin dan sejukkan. Boleh juga sejukkan dengan mencampurkan air dalam majerin yg telah cair.
2-Satukan tepung,majerin garam dan gula dan masukkan air .Jgn habiskan air, mungkin adunan akan terlalu lembik. jadi simpan sikit air untuk ditambah bila perlu semasa menguli.
3-Uli sampai jadi doh dan rehatkan 1/2 jam.
4-Selepas 1/2 jam uli lagi beberapa ketika sekitar 10-15 minit.
5-Bulatkan anggaran sebesar bola pimpong. lumur dengan majerin dan perap selama 1jam atau lebih.
6-Canai dan bakar.


Tip:
i-Garam dan gula boleh dilarutkan dalam air untuk memudahkan sebati dalam tepung.
ii-Jangan guna majerin yg panas kerana tepung akan 1/2 masak dan adunan jd keras.
iii-Guna air suling untuk mendapat doh yg baik dan lembut.
iv- Pastikan tangan bersih masa menguli dan menebar kerana ia menjamin mutu (tak basi).
v-Inilah resipi paling murah dan sedap. InsyaAllah pasti jadi.





Penghargaan:
Saya ingin merakam ucapan terima kasih tak terhingga kpd Uztaz Muzakkir Turau , guru kelas harfiah saya yang memberikan resipi di atas. Beliau mempunyai hobi memasak dan banyak lagi masakan yang belum diturunkan ilmunya. Beliau juga selalu diminta memasak untuk kenduri kendara. Mudah2an ustaz terus istiqomah mengajar dan janganlah berhenti mengajar kerana berniaga.. insyaAllah tijaran lan tabur, berniaga dengan Allah tidakkan rugi selamanya. Saya ingat kuliah ustaz kata 'lan' maknanya selama2nya tidak ,maknanya janji Allah bagi orang yang menginfakkan masanya untuk jalan Allah (mengajar ilmu) selama2nya tak akan rugi.InsyaAllah,mudah2an ustaz akan mendapat ganjaran dunia akhirat.Amin.

Nota:
Saya dah cuba resipi ini pagi tadi dan memang ngam.Cuma saya tak pandai tebar, habis koyak2 doh.Tapi rasannya,yes,memang sedap, lembut.Saya buat 200g tepun shj sebab nak test dulu.Dapat 4 ketul doh yg agak kecil. Sesiapa yg nak cuba tu, yg berada di luar negara pun boleh cuba. Tentang kuahnya boleh buat kuah kari biasa dengan dal atau apa2 kuah yg disukai. Orang Terengganu makan roti canai dengan bubur kacang. Saya buat inti karipap untuk dimakan bersama roti canai ini dan saya buat murtabak mini.. emm tak menghampakan.Cubalah.

No comments: