Wednesday, February 24, 2010

Kahwah arab


Kopi dalam bahasa Arab ialah kahwah atau mengikut dialek Arab di sebut Gahwah.Gahwah tak sama dengan kopi hitam pekat seperti kebiasaan yg kita lihat di Malysia. Gahwah ini lebih merupakan rempah ratus tetapi ianya dihasilkan dari kopi putih (white coffee) dicampur dengan kopi hitam (black arabian coffee) , buah pelaga dan sedikit jintan manis. Rasanya seperti air herba yg.Baunya yang saya suka sangat.

Saya mula menggemari kopi arab ni bila saya pertama kali buah umrah bulan Ramadhan iaitu pada tahun 2000. Dan tahun2 tahun selepasnya, saya mula lah mengendeng duduk dekat2 dengan kumpulan Arab badwi yg biasanya akan membawa makanan yg banyak ke dalam masjid untuk disedekahkan. Makanan lain tu saya tak heran, saya nak kopi depa tu la. Mereka pun heran juga sebab jarang orang asia yg suka kopi ni. Ada juga org melayu ikut saya ,mereka ingat sedap sebab nampak saya suka sangat.Bila mereka minum sikit mula berkedut muka, pahit. Itulah namanya rambut sama hitam lidah lain2.. he he. Cium bau aroma kopi ni pun dah mengingatkan saya kpd Ramadhan di Mekah, nostalgia sungguh, kira macam gian lah agaknya.


Bahan2 Kahwah Arab
1- Arabian white coffee (Beli di saudi) 2 bahagian (2 sudu)
2-Arabian black coffee 1 bahagian (satu sudu)
3-Buah pelaga yg sudah dikisar ( satu sudu)
4-sesudu teh jintan manis arab (lebih kecil dr jintan dimalaysia)

Cara membuatnya (leceh)
1- Masukkan dua jenis kopi itu kedalam 2 gelas air panas. Didihkan di atas api sederhana . Sebaiknya guna cerek bertangkai panjang. Kopi ini akan membuak2 , jadi alihkan dari api supaya ia tidak membuak keluar. Bila reda, alih semula ke atas api ulangi proses ini hingga tiada lagi buakan dan kopi dapat mendidih tanpa tertumpah dari periuk/cerek (prose ini memakan masa lebih kurang 20-30 minit).

2- Masukkan serbuk buah pelaga sikit sikit, sesudu teh setiap kali dan biarkan mendidih lagi. Masukkan jintan manis. ulang masukkan serbuk buah pelaga lagi sehingga habis.Buah pelaga inilah yg akan menghasilkan aroma yg sedap tu. Bila sudah cucup mendidih , air kahwah ini akan menjadi agak jernih dan bolehlah ditutup api.

3- Kahwah ini biasanya dihidangkan panas dalam kuantiti yg sedikit. Dihidang bersama kurma muda yg lembik. Biasanya bulan ramadhan banyaklah kurma jenis ini seperti dalam gambar di atas.

Khasiatnya:

Saya pun tak berapa tahu apa khasiat sebenar kahwah arab ni. Menurut sepupu saya yang bermastautin di Jeddah, ia elok untuk kesihatan badan terutama jintan. Jintan manis boleh mengurangkan simptom HINI.

Sebelum tahu cara masak kahwah ini, saya pada mulanya membancuh white coffee ini dengan air panas seperti kita bancuh nescafe tetapi hairan kena baunya macam kacang tumbuk atau horlik. Lalu saya beritahu sepupu saya , bukan kopi itu yg saya mahu.Mereka tertawakan saya kerana saya salah bancuh kopi. Kemudian barulah anak sepupu saya tunjuk bagaimana nak buat kahwah seperti di atas.Itulah yg dikatakan lain padang lain belalang , lain bangsa lainlah cara buat kopi. Hari ini saya buah kopi tu sendiri, tapi tak sama rasa macam sepupu saya buat .Kahwah buatan sepupu saya tak sama dengan kahwah yg Arab badwi buat, air tangan masing ada kelainan. Kalau boleh saya nak tengok Arab badwi buat macam mana la pulak..

5 comments:

aks qodait said...

Cuba beli arabica beans. di kisar dan di campur dengan buah pelaga, dan guna air yang telah di rebus dengan halia dan kayu manis. gula , pakai guna batu atau gula melaka.

ramuan nya. entah saya ikut rasa. kalau nak buang angin, saya lebihkan halia.

kebanyakan black cofee yang telah di kisar di pasaran, bukan kopi asli. Setahu saya cuma kopi Fama saja yang benar tulen, selain yang di impport. kalau kopi cap kapal api, hang tuah, saya tak percaya.

salam

Ummu Waheedah said...

Salam,

Saya dah cuba resipi tn khadaeid, memang ngan lah. Tapi saya guna kahwah yg dah sedia ada (yg cousin bg), campur halia, buah pelaga dan gula batu. Lain kali boleh lah cuba lagi. Thanks.

mamamia said...

salam,
saya pun minat minum kopi arab ni, abang ipar saya bangsa jordan ada ajar, kopi jenis ini sebenarnya mahal tapi saya ubah ramuan kopi untuk dapatkan rasa yang sama. memang sedap, tapi ramai yang tak reti nak menjiwai kopi ini. Bukan saja kopi dari nasi beriani mandi hingga nahef dan madghut pun saya sudah boleh masak sendiri.

Ummu Waheedah said...

Alexander, lain org lain tekaknya.Say mmg suka kopi arab tp nak baut leceh sikit...buah pelaga tu kalau di blend pun rasanya lain, kena tumbuk baru ada ummph.. he he.

keris_arjuna said...

Klu nk cuba..guna kopi cap tabik or cap tangan.. mula2 masak halia yang telah dihiris nipis n panggang dulu halia tu..kli xpin,jemur kering, pastu masukan kayu manis n bunga cengkih... pastu masuk kopi.. didihkan sampai tinggal 2/3 dari yg asal