Thursday, July 29, 2010
Cara orang lama makan Durian
Mak saya suka makan durian dengan nasi. Hidangannya macam gambar.
1-Nasi panas2
2-Isi durian segar
3-Air garam (sesudu garam + 1/2 cawan air
4- satu sudu gula pasir
Air garam dituang sikit demi sikit ke atas nasi (macam kuah). Ambil sikit durian dan gula, campur dgn nasi dan suaplah.. he he. ada juga orang tambah cili padi sikit barulah kaw-kaw. Saya dah cuba juga,sekali sekala sedap.
Kata orang dulu2, makan durian cara ni, kurang potensi demam kerana banyak makan durian. Elok di amal bagi keluarga besar supaya jimat durian.. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment