Thursday, April 14, 2011

Keledek ungu-sedap dimakan begitu saja



Tahukah anda bahawasanya keledek ada yang berwarna ungu. Biasanya kita lihat ada yg kulitnya berwarna merah sepah (maroon) isi didalamnya warna oren. Yg ini pula kulit yngu dalamnya ungu, hah serba ungu gitu. Ini keledek mai dari Jepun boleh beli di pasar seluruh Malaysia.Biasanya peniaga cina yg jual. Kadang2 di gerai buah pun ada. Harga sekilo saya beli pada 14 april 2011 ialah Rm12.00.

Kira murah la tu. Nak naik kapal layar lagi, tapi yg ni tak kena tsunami. Jangan takut. Mungkin depa kata keledek Jepun tapi tanam kat Cameron jer.Saya tak tahu nak buat kueh apa, tak pernah dapat resipi keledek Jepun. Jadi saya rebus sampai empuk (merekah) dan makan begitu saja.

Teringat masa pergi Beijing, ada keledek maroon, isinya oren. Depa bakar dgn arang jual tepi jalan. Waduh sedapnya, manis. Keledek ungu ni sederhana manisnya, sesuai dgn cita rasa saya. Jadi kalau anda jumpa keledek ungu (biasanya kecil2) beli lah sedap...

No comments: