Saturday, April 16, 2011
Kueh lapis hijau putih
Hari belum petang, jamuan petang dah siap, buat pagi tadi. Kali ni tanpa merujuk kpd blog sendiri, main ingat2 lupa jer la buat kueh ni.Yang best tu guna kelapa depan rumah tu.. sekarang ada setandan lagi dah tua renta. Kelapa tua banyak santannya, begitulah kata orang orang tua.
Semalam 1 1/2 jam habis untuk kupas 4 biji kelapa, berpeluh-peluh dibuatnya. Pengukur antik kawan bagi pinjam. Mengukur kelapa cuma 15 minit satu biji. Hadoi jenuh nak makan kueh lapis sendirian terhad. Maklum biasa kalau beli di kedai, tak berapa selera. Maklum kelapa sekarang ni mahal. jadi mungki mengusaha kueh mueh guna kelapa palsu .. he he, pepandai jer. Maklum telur ayam pun ada yg palsu , tentu santan pun boleh dipalsukan.
Betul bagai dikata oleh orang-orang tua. Kelapa tua banyak santan dan sedap. Kelapa parut diblend dengan 800 ml air (2x blend) dan ditapis. Dapatkan kira kira 850ml (5 cawan)santan . Masak santan dengan dua helai daun pandan dan secawan gula. Sejukkan.Panaskan air dalam pengukus dan letakkan loyang berukuran 5x6 inci. (lenser loyang dgn minyak/majerin)
Gaul santan yg dah sejuk dgn 2 cawan tepung beras dan 1 cawan tepung gandum. Tambah 1/2 sudu teh garam. Tapis. Bahagi kpd dua bahagian. satu warnakan hijau (sesudu teh pewarna hijau). Bila air dalam pengukus menggelegak, masukkan 2 senduk (atau 1/3 bahgian) adunan warna putih, kukus 5 minit. Tuang adunan hijau kukus lagi 5minit .Lapisan ke-3 putih/ke-4 hijau,kukus 7-8 minit. Lapisan ke-5, 10 minit dan lapisan akhir 15 minit l lagi.
Kenapa tak kukus semua lapisan 5 minit? sebab bila lapisan dah tebal , masa mengukus akan jadi lebih lama, minyak dari santan pun akan keluar sikit menyebabkan kueh ini boleh ditanggalkan selapis2 (jika mahu). Barulah sedap, kalau kueh lapis jadi macam kueh kosui,lapisannya melekat antara satu lapis dgn selapis yg lain, tak berapa sedaplah.
Hari ni lupa nak bubuh sesudu tepung kanji/tepung ubi kayu. Tapi rasanya tetap sedap. Mungkin kerana kelapanya yg lemak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment