Wednesday, January 14, 2009
Oren
Oren atau Orange adalah dalam kumpulan limau. Limau pula dalah kumpulan apa? Haa limau pun dalam kumpulan oren juga, ikut fahaman saya lah.Mereka satu kumpulan. he he saya merapu hari ni sebab oren dalam gambar tu mengancam sangat.Saya beli di Giant yg dah siap dibunjut 10 biji harganya RM4.88. Sedap rasanya tetapi tak sesedap yang dibeli minggu lepas. Minggu lepas saya beli yang 'loose' 48sen sebiji jimat 8 sen :)
Pernah juga saya beli oren sunkist yang harganya 90sen sebiji, rasanya masam. Rupanya harga tak menjamin sedapnya oren. Sekarang ni saya tahu oren yg dijual secara runcit (loose) juga sedap kadang2 lebih sedap dari oren yang mahal.Sekarang ni musim 'raya cina' jadi kita boleh makan oren sebanyak2nya. Yang paling banyak ialah limau cina warna oren. Itupun sedap juga tapi ada juga yang masam. Oren ini ruas-ulasnya senang dipisah2kan.
Dalam masakan pula oren dan kulitnya biasa di guna dalam adunan kek dan biskut. Saya belum cuba lagi mencuba kek dan resipi yang menggunakan oren.Belum lagi saya terjumpa resipi masakann lauk-pauk menggunakan oren. Oren sedap di buat jus. Saya gunakan blender biasa sahaja untuk buat jus oren. Sebiji boleh dapat 2 gelas tambah 2 sudu besar gula, blend-- emm sedapnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment