Thursday, March 8, 2012

urap/kerabu kacang botol



Bahan Sayur:
secekak kacang botol (8-10 tangkai)
kacang panjang (4-5 tangkai)
Taugeh segar semangkuk (50sen)
Sebiji bawang besar -dihiris nipis
1 liter air panas untuk mencelur sayur.

Bahan rencah/sambalnya:
2 biji chili merah
3-5 biji chili padi (saya guna 3 biji shj sebab tak tahan pedas)
2 sudu udang kering -cuci bersih
sedikit belacan -(dibakar)
2-3 ketul ubi cekur - bersihkan
sebiji bawang putih
garam 1 sudu teh
Satu cawan kelapa parut -di goreng hingga perang.

Perisa; Air limau nipis (sebiji) + sesudu gula halus.

Cara buat:

Bersihkan semua bahan sayur kecuali bawang besar. Panaskan air hingga mendidih dan masukkan semua bahan sayur.Biarkan 2 minit dan toskan. Hiris nipis2 kacang botol. Kacang panjang boleh potong 1/2in . Taugeh biar begitu sahaja. Hiris bawang besar nipis2. Masukkan semua bahan dalam bekas besar/besen.

Bersihkan dan basuh chili merah dan chili padi. Goreng dengan sedikit minyak hingga layu. Ini untuk memudahkan menumbuh (tak mercik). Tumbuk chili dengan semua bahan rencah (kecuali kelapa) hingga lumat.

Goreng kelapa tanpa minyak hingga keperangan. Gaul semua bahan hingga rata sambalnya dan tambah dengan air limau nipis dan gula. Rasa garamnya, jika tak cukup tambah lagi. Sedia untuk dihidang.

Tips: Daun cekur juga boleh di hiris halus dan dicampur dalam bahan. Lagi sedap.

Thursday, March 1, 2012

Ikan sisa nabi @ ikan sebelah



Hari ini hari Jumaat. Sunat membaca surah al-khafi dan memahami maknanya. Tak susah, dah banyak terbitan al-qur'an berserta terjemahan yang boleh kita jadikan panduan. Dan bila biasa membacanya tentu kita hafal apa cerita dalam surah al-khafi. Antaranya intipati surah tersebut adalah perihal pemuda2 yg beriman yg telah ditidurkan selama 309 hari di dalam sebuah gua supaya Alla memperlihatkan kuasanya menghidup semula manusia dengan kehendakNya.

Selain itu ada cerita Nabi Musa a.s yg hendak berguru dngan Nabi Khidir (ayat 60 hingga 82). Dalam surah 61 dan 63 ada dikisahkan tentang al-khut sejenis ikan yg menjadi bekalan perjalanan nabi Musa a.s dengan rakannya. Ikan tersebut telah mengelonsor dan berenang ke tempat pertemuan dua laut. Di situ lah merewka bertemu Nabi khidir yg diberi Allah s.w.t ilmu dari sisiNya.

Mungkinkah ikan sebelah atau juga dikenali sebagai ikan sisa Nabi itu adalah dari keturuan al-khut? Allahuaklam-Allah lebih mengetahui.


Yang penting ikan ini sedap. Ikan ini ada dua jenis , satu seperti dalam gambar, kurus dan panjang. Ada satu lagi agak lebar dan pendek. Yg panjang dan sebelahnya berwarna kemerahan , itu yg lebih sedap . Yang lebar pula isinya rapuh dan susah digoreng. Enak dimakan dengan sambal atau sos paprik. Harganya pun murah lebih kurang RM5 sekilo. Sekilo tu sekali hadap jer...selamat menjamu selera.

Segala puji bagi Allah yg menjadikan ikan itu.

Saturday, February 18, 2012

Petua sembelih supaya daging lembut


Kesedaran terhadap tanggungjawap beragama semakin meningkat sekarang. Ramai ibubapa yg membuat kenduri aqiqah untuk anak2 yg sudah dewasa. Mungkin semasa kecil anak-anak itu tidak diaqiqahkan kerana kurang ilmu atau kurang kemampuan. Jadi bila ibubapa sudah ada kemampuan dan ada kesedaran, aqiqah ditunaikan juga (qadha). Walaupun mungkin pahalanya berkurangan berbanding jika dilakukan 7 hari selepas kelahiran, tetapi sekurang2nya tidaklah terlepas pahalanya. Sesunggunhnya Allah s.w.t lah yg lebih berhak memberi pahalanya.




Dalam bulan ini sahaja sudah tiga kenduri aqiqah yang saya hadir. Seorang jiran sembelih seekor lembu, seorang sembelih kambing dan seorang lagi , hari ini sembelih seekor kerbau. Alhamdulillah mudah2an amalan mereka diterima Allah s.w.t. Untung makan kenduri aqiqah kerana kita tak perlu bawa buah tangan. Kita cuma perlu habiskan makanan yang disaji oleh tuan rumah. Kalau ada yang nak dibantu cuma bantu proses memasak dan mengemas sahaja. Biasanya jiran terdekat atau keluarga tuan rumah yang akan bantu.

Saya tertarik dengan kelembutan daging kerbau masak rendang hari ini. Walau pun rendangnya tidak sesedap rendang tok Kuala Kangsar, tapi lembutnya bagai dimasak semalaman. Agaknya tentu ada kaitan dengan cara sembelih, sepertimana yang selalu saya diberitahu. Cara sembelih dan cara memotong daging boleh mempengaruhi lembut atau kerasnya daging. Daging yg dipotong tidak mengikut era lebih mudah empuk. Melalui carian google saya mendapati ada petua mendapatkan daging yang lembut melalui sembelihan yg betul:-

Petikan dari http://albakriah.wordpress.com/2011/11/01/petua-sembelih-binatang/

1. Supaya daging tidak berlemak

Ada wudhu’ ketika sembelih binatang
Mata pisau disapu terlebih dahulu dengan minyak yang ada dibahagian hidung kita
Hulu pisau dibungkus dengan kertas atau sebagainya
Mata pisau dikilir atau digerakkan dengan belakang tapak tangan

2. Supaya daging binatang menjadi lembut

a. Mata pisau diletak dekat butir halkum binatang

b. Kedudukan seluruh badan kita jangan berbetulan dengan mata pisau

c. Tahan nafas sewaktu hendak sembelih dan semasa sembelih maka nafas dilepas secara perlahan-lahan

3. Bacaan ketika mahu sembelih binatang supaya daging tidak berbau busuk

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الحَمْدُ

اللّهُمَّ هَذَا هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنَّا كَمَا تَقَبَّلْتَهُ مِنْ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ خَلِيْلِكَ وَمِنْ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبِيْدِكَ وَرَسُوْلِكَ اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالجَنَّةَ

4. Selesai sembelih binatang maka sapukan hujung mata pisau kepada pipi binatang tadi supaya lalat tidak datang menghurungi daging

5. Supaya mencukup atau memadai daging bagi setiap jamuan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ِلإِيْلاَفِ قُرَيْشٍ إِيلاَفِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ

Hembus dan sapu kepada badan binatang bermula bahu hingga punggungnya

6. Jangan basuh tangan dan mata pisau sehingga binatang sembelihan benar-benar telah mati

# Sebaiknya tukang sembelih tidak menjadi tukang yang memandikan mayat kerana biasanya boleh membawa kepada daging menjadi keras.

Petua ini diamalkan oleh Tuan Guru Hj Hashim Mudir Pondok Pasir Tumboh.

Allahuakalam.

Saturday, December 10, 2011

Petua makan nangka


Nangka, durian dan kuini adalah antara buah2an tempatan yg mempunyai aroma kuat. Bau semerbak, ada yg suka dan tak dapat menahan gelojak rasa nak memakannya. Ada yg pening dengan baunya. Begitulah tindakbalas manusia, ada yg suka ada yg tak suka.

Bagi yg suka, dapat cium bau pun cukuplah. Bagi saya pula antara tiga buah ini, nangka yg paling saya suka, kalau sakit badan pun terima sajalah asal dapat rasa seulas dua. Tapi bukan semua jenis nangka sedap. Kalau nangka yg dah terlebih masak dan berair , rasanya tak sedap. Malah nangka macam ini akan mengundang 'angin' yang akan merusuh ke seluruh badan. Akibatnya sengal dan sendawa jadi kawan kita berhari-harian. Badan akan jadi 'berat' dan sendi jadi ketat. Nak sembuh bukan senang.

Sekarang saya dapat satu petua hasil eksperimen sendiri. Kalau nak elak dari serangan 'angin nangka' ni, makanlah waktu ia mula nak masak atau sedang mengkal. Masa ni buah nangka isinya agak keras dan rangup. Tak ada asid/cecair yg keluar dari isinya, insyaAlah ketika ini nangka itu selamat dari angin bencananya. Selalunya saya dapat nangka begini dari pasaraya Tunas Manja di Kuantan. Kalau di Giant, nangkanya sudah berair dan lembik, malah banyak yg layu bagai diperam. Menghidu baunya pun sudah boleh bawa sakit sengal-sengal badan.

Kepada peminat nangka, khususnya nangka madu carilah nangka yg mengkal. Warnanya agak terang kuningnya. Jika warnanya oren, itu tandanya nangka tu banyak 'angin'.